Objektif Program Rumah Mesra Rakyat
Program Rumah Mesra Rakyat 2024 ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Kaedah Pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat
Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat
Lihat Juga : Permohonan Rumah PPR 2024
Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Nota Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2024
- Layari Laman Web Rasmi https://rmr.spnbonline.com.my/.
- Klik Pendaftaran Baru.
- Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap (Kata laluan akan dihantar kepada permohon).
- Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024.
- Isi maklumat ke dalam sistem dengan lengkap.
- Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
- Majukan borang berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Nota Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Semakan Status Kelulusan Rumah Mesra Rakyat
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
Senarai Info Bantuan Kerajaan Terkini :
- Bantuan Awal Persekolahan 2024
- Permohonan Lesen Memandu Percuma 2024
- Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2024
Tanggungjawab Pemohon Sekiranya Lulus RMR 2024
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Malumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my
Soalan Lazim (FAQ)
Di manakah borang Rumah Mesra Rakyat boleh diperolehi?
Melalui laman sesawang SPNB https://spnb.com.my/ atau Pejabat Cawangan SPNB.
Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.
Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?
Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.
Apakah sebab permohonan Rumah Mesra Rakyat ditolak?
Antara sebab utama permohonan rumah mesra rakyat ditolak adalah:
- Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
- Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
- Tapak cadangan tidak sesuai
- Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan
Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air dan elektrik?
Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.
Bolehkah rumah mesra rakyat diubahsuai?
Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
Bagaimana membuat pembayaran bulanan rumah mesra rakyat?
Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.
Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?
Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.
Rumah mesra rakyat