Jawatan Kosong JKR

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan JKR

Nama Kementerian/JabatanJabatan Kerja Raya (JKR)
Lokasi KekosonganJKR Negeri Pahang
KelayakanDiploma
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup Permohonan18 Disember 2023 (Isnin)

Jawatan JKR

  1. Penolong Jurutera Gred JA29 (Personel MySTEP)

Syarat Kelayakan JKR

Calon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mempunyai pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan berkemahiran dalam infografik seperti Canva/Prezi/Filmora atau setaraf dan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word, Excel dan Power Point.
  5. Mempunyai kemahiran dalam pengendalian media sosial terkini.
  6. Mampu mengendalikan kamera DSLR atau mempunyai skill dalam mengambil gambar yang setaraf.

Tugas Jawatan JKR

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal didalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang pejabat.
  2. Membantu penyediaan rekod gambar kemajuan dan perkembangan terkini projek pembangunan JKR Pahang.
  3. Membantu Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dalam program-program rasmi Jabatan.

Permohonan Jawatan Kosong JKR

  1. Permohonan adalah dengan mengemukakan resume dan salinan dokumen serta sijil yang telah disahkan seperti berikut:
    • Sekeping gambar terkini
    • Transkrip Diploma
    • Sijil SPM/SPMV/STPM
    • Sijil taman persekolahan serta sijil berkaitan
    • Membawa hasil seni kreatif yang pernah dihasilkan ketika sesi temuduga.
  2. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  3. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-571 7000.
  4. Pemohon perlu menghantar permohonan kepada alamat seperti dibawah.

Unit Sumber Manusia,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
Tingkat 12, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan

Leave a Comment