STR 2024 : Permohonan & Semakan Status

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup

Syarat Permohonan STR 2024

STR 2024 Kategori Isi Rumah

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

STR 2024 Kategori Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

STR 2024 Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Tarikh Permohonan

Permohonan baharu STR akan dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Tarikh Bayaran STR 2024

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah : Empat (4) fasa sumbangan adalah seperti berikut:

Fasa 1Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
NOTA: Bayaran Fasa 1 akan dinaikkan kepada RM500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.

Jumlah Bayaran STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,5005 Anak Atau Lebih
RM2,0003 – 4 Anak
RM1,5001 – 2 Anak
RM1,000Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

RM1,2505 Anak Atau Lebih
RM1,0003 – 4 Anak
RM7501 – 2 Anak
RM500Tiada Anak

Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)

RM350

Warga Emas Bujang

RM600

Post Trending : Cara Mohon Lesen Memandu Percuma MyLesen

Permohonan STR 2024

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.

Permohonan baharu boleh dikemukakan melalui:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan baharu secara online boleh dilakukan seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik Permohonan Baharu
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan mengisi nombor kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan kasar bulanan, status perkahwinan, alamat rumah, maklumat bank dan emel pemohon serta ruangan yang bertanda (*) kerana wajib diisi – Jika status perkahwinan adalah kahwin, pemohon dikehendaki untuk mengisi Maklumat Pasangan dengan lengkap. – Jika pemohon mempunyai anak, lengkapkan bahagian Maklumat Anak
  4. Pastikan untuk klik Teruskan selepas mengisi semua maklumat dengan lengkap
  5. Isi kod captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik Sahkan Captcha
  6. Tandakan pada kotak yang disediakan selepas Perakuan Permohon dipaparkan
  7. Klik pada butang Hantar untuk meneruskan permohonan
  8. Selepas permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Klik Cetak untuk membuat cetakan salinan permohonan

Kemaskini STR 2024

Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak)

Semakan Status STR 2024

  1. Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
  3. Klik Semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

Maklumat Lanjut STR 2024

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan

  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Soalan Lazim (FAQ)

Leave a Comment