Permohonan Lesen Memandu Percuma 2024

Program MyLesen B2 Tahun 2024

Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bertujuan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 percuma serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

Tujuan Program Lesen Percuma 2024

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Syarat Lesen Percuma 2024

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)
Baca Juga : Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024)

Permohonan Lesen Percuma 2024

Permohonan hendaklah dibuat melaui pautan google form berikut https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A atau scan QR code dibawah.

Lihat Juga: Cara Renew Lesen & Roadtax Digital Melalui MyJPJ

Tarikh Berlangsung Program MyLesen B2

Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

Tarikh Tutup Permohonan MyLesen 2024

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A

Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Lesen Percuma 2024?

Syarat-syarat Peserta:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Berapakah bayaran bagi Lesen Percuma 2024?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESENMASA
B2• Kursus Teori (6 Jam)
• Ujian Bertulis (1 Jam)
• Latihan Praktikal Di Litar (9.5 Jam)
• Latihan Praktikal Di Jalan Raya (6 Jam)
• Pra Ujian (30 Minit)
• Ujian JPJ

Di manakah lokasi latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2024

Bilakah tarikh tutup Lesen Memandu Percuma 2024 ?

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

55 thoughts on “Permohonan Lesen Memandu Percuma 2024”

  1. saya nak ambek lesen moto untuk pergi ke sekolah dan kelas tambahan kerana orang tua saya ada masaalah kewangan dan sibuk

    Reply
  2. Saya adalah b40 dan masih bersekolah,saya tidak mampu untuk mengambil lesen memandu jadi saya mohon pada kerjaaan untuk lesen percuma ini

    Reply

Leave a Comment