Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong guru dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Guru SPP bagi tahun 2024.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Guru SPP 2024 :
Nama Kementerian/Jabatan | Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) |
Penempatan | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Kelayakan | Ijazah Sarjana Muda |
Taraf Jawatan | Kontrak (Interim) |
Tarikh Tutup | 26 April 2024 (Jumaat) |
Jawatan Ditawarkan SPP
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Artikel Berkaitan :
- Jawatan Kosong Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
- Jawatan Kosong Tetap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong guru SPP 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong Guru SPP 2024
- Permohonan jawatan kosong Guru SPP diatas hendaklah melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di https://myspp.spp.gov.my/myspp/ atau pautan Permohonan Jawatan Guru SPP yang yang telah disediakan dibawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
How can i apply for this job ?
Nk kja