Jawatan Kosong MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), mempelawa warganegara Malaysia yang memiliki ciri modal insan berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia. Jawatan Kosong MARA adalah seperti berikut:

Maklumat Permohonan

Nama Kementerian/JabatanMajlis Amanah Rakyat (MARA)
Lokasi KekosonganSeluruh Malaysia
Taraf JawatanTetap & Kontrak
KelayakanPMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
Tarikh Tutup Permohonan31 Disember 2023 (Ahad)

Jawatan Ditawarkan MARA

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
  2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  4. Pembantu Makmal Gred C19
  5. Juruteknik Komputer Gred FT19
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  7. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  8. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  9. Pembantu Operasi Gred N11
  10. Pemandu Kenderaan Gred H11
  11. Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41
  12. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29
  13. Pembantu Pegawai Latihan Vokasinal Gred DV19
  14. Penjaga Dandang (Operasi Loji) Gred H11

Syarat Utama Lantikan MARA

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 8 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon bagi lantikan jawatan 9 hingga 10 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Calon bagi lantikan jawatan 11 hingga 13 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Calon bagi lantikan jawatan 14 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lihat Juga : Lesen Memandu Percuma 2024 (MyLesen)
Lihat Juga : Permohonan & Semakan Status STR 2024

Syarat Lantikan Setiap Jawatan MARA

Syarat-Lantikan-MARA-1

Syarat-Lantikan-MARA-2

Permohonan Jawatan Kosong MARA

  • Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
  • Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan Permohonan Online yang telah disediakan dibawah atau dgn melayari Portal Rasmi MARA www.mara.gov.my.
  • Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
  • Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
  • Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
  • Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
  • Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
  • Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 31 Disember 2023.

Permohonan Online

Leave a Comment