Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2024.

Pengenalan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia. TNB bertanggungjawab untuk penghasilan, penghantaran, dan pengedaran elektrik di seluruh negara. TNB memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai kepada pengguna kediaman, komersial, dan industri Malaysia.

TNB mengendalikan pelbagai loji kuasa, termasuk loji kuasa termal, hidroelektrik, dan tenaga boleh diperbaharui, untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di Malaysia. Selain itu, syarikat ini terlibat dalam inisiatif untuk mempromosikan kecekapan tenaga dan kelestarian, seperti melabur dalam projek tenaga boleh diperbaharui dan melaksanakan teknologi grid pintar.

Sebagai pemain utama dalam sektor tenaga Malaysia, TNB mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi negara dan memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat pertumbuhan dan pembangunan negara.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2024:

Nama MajikanTenaga Nasional Berhad (TNB)
PenempatanPetaling Jaya, Selangor
KelayakanDiploma
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Tarikh Tutup19 Mac 2024 (Selasa)

Butiran Jawatan Kosong Juruteknik TNB

  1. Juruteknik Tingkatan Biasa
  • Gaji Pokok : RM1,900.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60 sebulan

Artikel Berkaitan :

Syarat Kelayakan Juruteknik TNB

  • Warganegara Malaysia.
  • Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB
  • Memiliki Diploma Kejuruteraan (Elektrik/ Civil/ Power/ GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia bagi memohon jawatan kosong juruteknik TNB 2024.

Cara Mohon Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2024

  • Permohonan Jawatan Kosong Juruteknik TNB diatas hendaklah melalui portal rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di https://www.tnb.com.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong TNB 2024 yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong TNB 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

1 thought on “Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2024”

Leave a Comment