Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024)

Terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan adalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid.

Bantuan kerajaan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Posting Popular: Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Posting Popular: Lesen Memandu Percuma (MyLesen) 2024

Syarat Kelayakan BAP 2024

Pemberian BAP 2024 kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia.
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024.
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Jumlah Bantuan BAP 2024

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Cara Bayaran BAP 2024

  1. Dikreditkan ke dalam Akaun Bank: Penerima BAP yang telah mendaftar maklumat akaun bank mereka akan menerima pembayaran ini secara terus ke dalam akaun bank mereka. Ini adalah kaedah yang paling mudah dan selamat, kerana wang akan terus masuk ke dalam akaun mereka tanpa perlu melalui proses tambahan.
  2. Pembayaran Tunai: Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau memerlukan pembayaran dalam bentuk tunai, kerajaan juga menyediakan pilihan ini. Penerima BAP akan diberikan arahan mengenai bagaimana mereka boleh mendapatkan pembayaran tunai ini dari pusat pembayaran yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran BAP 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024) akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan proses pembayaran Bantuan Awal Persekolahan agar membantu meringankan beban kewangan dan memberikan sokongan kepada mereka dalam menyediakan segala yang diperlukan bagi pendidikan anak-anak mereka.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu https://www.moe.gov.my/ atau https://manfaat.mof.gov.my/.

1 thought on “Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2024)”

Leave a Comment