Pengambilan Terbuka Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita) 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan eksesais pengambilan terbuka (walk-in) bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YT1 bagi tahun 2024.

jawatan kosong polis

Maklumat Pengambilan Terbuka Konstabel Polis YT1

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Konstabel Polis 2024 sebagaimana berikut:

Nama Jabatan:Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Penempatan:Seluruh Malaysia
Kelayakan:SRP/ PMR/ PT3
Tarikh Pengambilan Terbuka (Walk-In) :29 April 2024 (Isnin)
30 April 2024 (Selasa)
2 Mei 2024 (Khamis)

Jawatan Ditawarkan PDRM

  1. Konstable Polis Gred YT1

Deskripsi Tugas Konstabel Polis YT1

Konstabel Polis YT1 atau Konstabel Sokongan menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh pengambilan terbuka.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Konstabel Polis Gred YT1 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Kelayakan Akademik Konstabel Polis YT1

  1. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00); dan
  2. PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
  3. PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh kelulusan PMR seperti berikut :

Mata PelajaranKelulusan Minimum
Bahasa Malaysia/ Bahasa MelayuC
MatematikD
SainsD
Pendidikan IslamD
Bahasa InggerisD
SejarahD

Contoh kelulusan PT3 seperti berikut :

Mata PelajaranKelulusan Minimum
Bahasa Melayu Ujian Bertulis &
Bahasa Melayu (Lisan)
C
MatematikE
SainsE
Pendidikan IslamE
Bahasa InggerisE
SejarahE

Kelayakan Fizikal Konstabel Polis

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Tempat Pemeriksaan Fizikal

Pemohonan hendaklah hadir mengikut pusat pemeriksaan fizikal kecergasan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Lelaki

BilPusat PemeriksaanNegeri
1.Batalion 2 PGA Kulim, KedahPerlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
2.Batalion 4 PGA Semenyih, SelangorKuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
3.Ibu Pejabat Polis Kontinjen JohorMelaka dan Johor
4.Batalion 7 PGA Bukit Galing, PahangPahang dan Terengganu
5.Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, KelantanKelantan
6.Batalion 16 PGA Kinarut, SabahSabah
7.Batalion 11 PGA Batu KAWA, SarawakSarawak
TarikhMasa
29 April 2024, 30 April 2024
dan 02 Mei 2024
7.15 Pagi Hingga 8.30 Pagi

Wanita

BilPusat PemeriksaanNegeri
1.Batalion 1 PGA Ulu Kinta, PerakPerlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
2.Pulapol Kuala LumpurKuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
3.Maktab Teknik PDRM, MuarMelaka dan Johor
4.PSP Unit 6, Wakaf Tapai, TerengganuPahang dan Terengganu
5.MES Pegawai Kanan Polis, Kota Bharu, KelantanKelantan
6.Pulapol Kota Kinabalu, SabahSabah
7.Pulapol Kuching, SarawakSarawak
TarikhMasa
29 April 2024, 30 April 2024
dan 02 Mei 2024
7.15 Pagi Hingga 8.30 Pagi

Dokumen yang diperlukan

Pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Kad pengengalan asal dan tiga (3) salinan.
  2. Sijil kelahiran asal dan tiga (3) salinan.
  3. Sijil PMR atau PT3 asal dan satu (1) salinan.
  4. Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan.
  5. Sijil penghargaan semasa peringkat sekolah menengah asal dan satu (1) salinan (sekiranya ada).
  6. Dokumen ibu dan bapa:
    • Dua (2) salinan kad pengenalan ibu dan bapa.
    • Dua (2) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa (hanya carian cabutan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau surat yang dikeluarkan oleh jpn sahaja diterima).
    • Dua (2) salinan sijil kematian ibu dan bapa (jika telah meninggal dunia)

Cara Mohon Jawatan Kosong Konstabel Polis

Bagi calon yang layak wajib mencetak dokumen-dokumen berikut :

  • Borang Ganti Rugi (1 salinan)
  • Borang Maklumat Peribadi Calon (1 salinan)
  • Borang Tapisan (4 salinan) tanpa gambar
BORANG-GANTI-RUGIBORANG-TAPISAN-KESELAMATAN-KOSONGCONTOH-PENGISIAN-TAPISAN-KESELAMATAN
  1. Sekiranya calon tidak menepati syarat kelayakan akademik, calon tidak akan menjalani Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan Fizikal. Sila rujuk lampiran.
  2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
  3. Semoga berjaya.

Sumber : Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment