Permohonan Rumah PPR 2024

PPR 2024 adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Permohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun bagi setiap negeri bagi yang layak.

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.

Program Perumahan Rakyat PPR

Apakah Rumah PPR 2024?

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Baca Juga:

Kategori Rumah PPR 2024

Rumah PPR 2024 terdiri daripada dua (2) kategori:

Rumah PPR Disewa

  • Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

Rumah PPR Dimiliki

  • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
  • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-Ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat Permohonan Rumah PPR 2024

  1. Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan dan kebawah
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Bujang layak memohon walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada isi rumah yang berkeluarga
  6. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
senarai dokumen ppr 2024

Cara Mohon Rumah PPR 2024

Pemohon boleh memohon Rumah PPR secara online melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

  1. Daftar Portal Rasmi SPRN
    • Layari Portal Rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
    • Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN.
    • Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
  2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
    • Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
    • Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
  3. Pilih Skim
    • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
    • Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
    • Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
    • Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
  4. Masukkan Maklumat Pemohon
    • Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
    • Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
  5. Pilih Projek
    • Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
    • Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
    • Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
    • Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
  6. Muatnaik Dokumen Sokongan
    • Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
    • Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
  7. Pengesahan & Hantar
    • Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
    • *Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.
NOTA

Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Maklumat Lanjut

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Teknikal / Sistem : teduh@kpkt.gov.my

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan Rakyat (PPR)?

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

Apakah kategori PPR?

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Berapakah kadar sewa PPR DIsewa?

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan

Apakah ciri-ciri PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar
  • Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar
  • Keluasan – 700 kps
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

38 thoughts on “Permohonan Rumah PPR 2024”

      • Saya memohon rumah ppr dan juga berharap kerajaan bantu saya untuk dapat rumah ppr subang atau kawasan selangor secepat sbb saya tak mampu bayar rumah sewa mahal dan umur saya pun dah 45 tahun tinggal bersama emak saya umur 77 dan anak perempuan saya 6 tahun.

        Reply
  1. Husband Saya baru meninggal..so Saya sekeluarga hilang pendapatan . Saya dan Anak 3 tinggal di rumah sewa…
    Sekarang owner rumah suruh Kami keluar rumah.. tolong Saya utk dapat rumah PPR. 😭😭. Saya tak tau Nak pergi mana…😞😞

    Reply
    • Suami saya meningal dah 2 tahu saya dgn anak 1 saya tinggal Di rumah sewa saya tak mampu nak bayar sewa mahal tolong membantu saya dapatkan rumah sewa ppr ni

      Reply
  2. Saya berharap permohonan saya utk rumah PPR SERI SEMARAK TAWAU SABAH lulus Dan dapat mendiami rumah secepat mungkin Dan mencapai impian ibunda saya selama ini…in sha Allah

    Reply
  3. Saya berharap ppr boleh dapat sewa rumah kasir org cina
    susah aku dapat rumah ppr.
    Cina pun. Ada org susah cukop makan anak 3. Mau sekolah bayar lagi pun Gaji rm 1700 mau bayar sewa lagi
    Harap boleh dapat ppr tolong
    Terima kasir

    Reply
  4. Saya nak rumah PPR Teres utk Saya n Anak Saya rumah sendiri….Saya Banyak Kali try utk dapat rumah TAPI tak dapat Saya tinggal bersama rumah kawan sekarang tak sesuai Saya nak rumah utk Saya dan Anak Saya hidup
    Pls help me Saya ddk di skudai Anak Saya belajar di sjkt tun Aminah pls tolong Saya dapat Kat rumah

    0168454057 Guna

    Reply
  5. sya anak yatim..sya tinggal di kedah dgn mak suadara sya adik 3orng lelaki.yg bongsu masih sekolah 14 tahun..paksaudara jaga dia..sya ingin memintak rumah kerajaan..sya orng susah

    Reply
  6. saya seorang oku fizikal. HARAP kerajaan madani ambil perhatian golongan oku yang perlu bantuan ,rumah ,dan sebagainya.

    Reply
  7. Saya nak memohon ppr tapi saya tidak tahu,boleh ke encik tolong?saya dah berpuluh tahun menyewa rumah sewa,tak mampu pun kena usahakan bayar juga,sampai bergadai kerana nak tempat berlindung..harapan saya semoga encik dapat menolong saya yang tidak tahu cara memohon ni..terima kasih.

    Reply
  8. Saya tak mampu bayar ruma sewa saya ada sakit buah pingan saya rosak stage saya TAk bole naik tangga pasal itu saya mahu ruma ppr tolong saya suami kerja tapi gaji Tak cukup anak sekolah jalan kaki saya bini tak bole jalan laju di sakit tolong baca dan pertinbangan kami sekian terima kasih

    Reply
  9. Saya tak mampu bayar ruma sewa saya ada sakit buah pingan saya rosak stage4 saya TAk bole naik tangga pasal itu saya mahu ruma ppr tolong saya suami kerja tapi gaji Tak cukup anak sekolah jalan kaki saya bini tak bole jalan laju di sakit tolong baca dan pertinbangan kami sekian terima kasih no saya. 0189017611

    Reply
  10. Saya memohon ni, Rumah PPR, Kerana skg, saya duduk Rumah Sewa. Sebulan bayar Rm1,000.00. suami saya tidak Ada kerja, Kerana Dia sakit. So tolongan sama saya and Inform macam mana cara mau appy Rumah PPR?

    Reply
  11. Akaun Sya sudah lama memohon bantuan rumah PPRT ini dari 2020-2024 thun 2020 saya menumpang rumah pakcik sya.sabab Sya terpaksa kerana sudah berkeluarga.dan sampai tahu 2024 ini pun permohonan rumah PPRT Sya pun tak dapat yang sya DPT ronebit rumah yang tamat saya tumpang sehajah jadi sampai bilakah saya sekeluarga boleh dapat rasakan menyambut hari raya Aidilfitri pertama dengan rumah baru.setakat gaji sebagai penoreh getah macam Sya paham2lah./sekian t.kasih

    Reply
  12. Hi, Salam Sejatera.Saya Ialah Ibu Tunggal.Saya Ada Anak Dua Orang.Suami Saya Meningeal Dunia. Sebab Sakit Jantung. Anak Dua pun belajaran.Saya Tak Boleh Bayar Sewa Ialah RM 700. Minta Tolong. Dapat Rumah PPR. Sekian Terimah kashih.

    Reply
  13. Salam dbkl saya dh mohon 2014 sehingga sekarang saya belum dapat rumah sewa dbkl tahun 2024 sekarang ni saya sewa rumah org ni tuan rumah ni nk naik kan sewa saya sampai 800 saya dan keluarga xcukup nk bayar sewa rumah ni ….saya harap pihak dbkl dapat membantu saya dlm ke sasaran say

    Reply
  14. Saya ibu tunggal..saya ada 1 anak umur 6thn…saya tak boleh bayar rumah sewa rm900.minta tolong rumah ppr…terima kasih

    Reply
  15. Saya memohon bantuan untuk mendapatkan Kelayakan Rumah PPR Selangor,saya merayu agar Dapat menerima permohonan saya ini (01133256270)

    Reply
  16. Saya ingin memohon bantuam rumah PPR ,
    Bolehkah cik tolong saya dapatkan
    Untuk saya.sbab tak mampu nk bayar sewa bilik lagi terlalu mahal sekarang.kalau cik dapat tolong saya sila call no :0165778479

    Reply

Leave a Comment