Terkini : Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Maklumat Jawatan Kosong KEMAS

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 2024 sebagaimana berikut:

Nama Jabatan:Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Penempatan:Rujuk Lampiran Dibawah
Kelayakan:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:30 April 2024 (Selasa)

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata. Pada 2019, dasar Pemutihan usahawan KEMAS dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyelaraskan bantuan pada golongan berkaitan.

Senarai Jawatan KEMAS 2024

  1. Pembantu Pembangunan Masyarakat (KEMAS)
Jawatan Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS

Syarat Asas Permohonan KEMAS

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong KEMAS 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Iklan_Jawatan_KEMAS_2024_Kontrak

Cara Mohon Jawatan Kosong KEMAS 2024

  • Permohonan jawatan kosong KEMAS diatas hendaklah melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di https://www.kemas.gov.my/ atau pautan Jawatan KEMAS yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan Kemas 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

1 thought on “Terkini : Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 2024”

Leave a Comment