Apakah Itu PADU 2024?
Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
Objektif PADU
- Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
- Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
- Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
- Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
- Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Bantuan Kerajaan Terkini
Cara Daftar PADU 2024
Langkah 1: Maklumat Asas
Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan No. Telefon Bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
Langkah 2: Pengesahan Akaun
Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui SMS. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan
Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$) . Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.
Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu:
Daftar PADU Secara Manual di Kaunter
Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:
Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:
- Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
- Maklumat bank
- Pendidikan tertinggi
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat pendapatan
- Maklumat komitmen
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan portal PADU di laman web rasmi https://padu.gov.my/
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah itu PADU?
Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.
Siapakah yang boleh mengemaskini maklumat dalam Sistem PADU?
Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemaskini maklumat?
Anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
Adakah saya perlu mendaftar akaun PADU?
Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.
Bagaimana saya boleh boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan PADU?
Anda boleh membuat aduan dengan menekan menu “Hubungi Kami > Aduan Baharu” atau butang ”Maklum balas” di halaman utama. Anda juga boleh menghubungi kami di talian 1800-88-7720.
Saya tidak memerlukan Bantuan Kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar PADU?
Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Apakah e-KYC dan kenapa saya perlu membuat proses tersebut?
e-KYC adalah kaedah pengesahan identiti secara dalam talian bagi memastikan pengenalan dan identiti individu. Pengesahan ini diperlukan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna maklumat oleh pihak yang tidak dibenarkan.
Apakah tujuan utama pembangunan PADU?
Meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan Kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.
Adakah PADU sama dengan Program ID Digital Nasional (IDN)?
TIDAK. PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan dalam talian.
Bagaimana saya boleh membuat pendaftaran PADU?
- Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PADU, iaitu https://www.padu.gov.my/
- Pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat Operasi Negeri DOSM (https://www.dosm.gov.my/portal-main/directory/) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan.
Apakah dokumen yang perlu ada untuk pendaftaran PADU?
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah kad pengenalan dan maklumat lain termasuk maklumat pekerjaan, akaun bank dan lain-lain.
Adakah saya boleh memilih untuk tidak mendaftar PADU?
Boleh. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
Adakah saya akan ditawarkan subsidi/ bantuan/ perlindungan secara automatik selepas mengemaskini data PADU?
Tidak. Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.