Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Jabatan Perangkaan Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama JabatanJabatan Perangkaan Malaysia
PenempatanSeluruh Malaysia
KelayakanSTPM/ Sijil Matrikulasi/ Diploma
Taraf JawatanTetap & Berpencen
Tarikh Tutup04 Januari 2024 (Khamis)

Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan sebuah Jabatan yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan menghasilkan statistik yang berintegriti dan reliable dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.

Jawatan Ditawarkan

  1. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29

Jawatan Baru Dibuka

Syarat Permohonan Jawatan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia https://spa.gov.my/ atau pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment