Jawatan Kosong Kastam Diraja Malaysia 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Kastam Diraja Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan Kastam

Nama JabatanJabatan Kastam Diraja Malaysia
PenempatanSeluruh Malaysia
Taraf JawatanTetap & Berpencen
Bilangan Kekosongan61 Kekosongan, 150 Simpanan
KelayakanIjazah Sarjana Muda
Tarikh Tutup10 Januari 2024 (Rabu)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia ialah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kastam Diraja Malaysia berfungsi sebagai pemungut cukai tidak langsung utama negara, memberi fasilitasi kepada perdagangan dan menguatkuasa undang-undang.

Pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam (Turus III) dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan (Jusa A), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri (Jusa A) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan (Jusa B).

Jabatan Kastam Diraja Malaysia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bahagian Pematuhan, Bahagian Perkastaman, dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan, levi perlepasan, hasil bukan cukai, hasil negeri/wang amanah dan cukai perlancongan.
  • Memberi fasilitasi perdagangan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh JKDM.

Jawatan Ditawarkan

  1. Penguasa Kastam Gred WK41

Jawatan Kosong 2024 Baru Dibuka

Tugas Penguasa Kastam

Bertanggungjawab memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi sosial dan keselamatan negara.

Syarat Permohonan Kastam

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Lantikan Gred WK41

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
  • Kepujian di peringkat SPM/SVM

Cara Mohon Jawatan Kosong Kastam

  • Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2024 diatas hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia https://spa.gov.my/spa/ atau pautan Permohonan Online yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment