Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah dari pelbagai Negeri kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru Ganti 2025 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Ganti 2025.
Maklumat Permohonan
Nama Jabatan: | Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Negeri yang dipohon) |
Penempatan: | Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Sabah, Sarawak |
Kelayakan: | Ijazah |
Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
Tarikh Tutup: | Terbuka |
Senarai Jawatan Kosong Guru Ganti 2025
Jawatan Kosong | Penempatan |
Guru Ganti SMK Sundar, Sarawak | Sarawak |
Guru Ganti SMK Seri Sendayan, (Pendidikan Seni, Sejarah & Pendidikan Islam) | PPD Negeri Sembilan |
Guru Ganti SK/ SMK | PPD Yan, Kedah |
Guru Ganti SMK Pendeta Za’ba, (Bahasa Inggeris) | PPD Seremban, Negeri Sembilan |
Guru Ganti Sekolah Menengah | PPD Keramat, WPKL |
Guru Ganti SK (Pendidikan Islam) | ,PPD Lundu, Sarawak |
Guru Ganti (RBT) SMK Labuan, | WP Labuan |
Guru Ganti SK (Bahasa Cina & Bahasa Inggeris) | PPD Tumpat, Kelantan |
Guru Ganti SK/ SMK | PPD Limbang, Sarawak |
Guru Ganti SM Sains Labuan (Georgrafi & Sains) | WP Sabah |
Guru Ganti SBP Intergrasi Selandar , | PPD Melaka |
Guru Ganti SMK Taman Perumahan Bedaun (Sejarah ) | PPD Daerah Labuan, Sabah |
Guru Ganti SJK (Tamil) (Bahasa Tamil & Matematik) | PPD Muallim, Perak |
Guru Ganti SMK Pekan II Kota Belud, (Pendidikan Khas Intergrasi) | PPD Daerah Kota Belud, Sabah |
Guru Ganti SK dan SMK | PPD Daerah Jerantut, Pahang |
Guru Ganti 1. SK Kayang 2. SK Padang Besar Utara 3. SK Dato Wan Ahmad 4. SJK(C) Khoon Aik 5. SJK(C) Chin Hun 6. SK Arau 7. SK Seberang Ramai 8. SK Jelempok, Perlis 9. SKGuar Nangka 10. SK Santan 11. SK Long Boh 12. SK Seri Indera | Perlis |
Baca Juga:
- Renew Lesen & Roadtax di Aplikasi MyJPJ
- Personel MySTEP Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Bonus Penjawat Awam RM2000!
Tugas Guru Ganti 2025
- Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap;
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan;
- Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti guru yang lain;
- Menjalankan arahan ketua jabatan dari masa ke semasa.
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti 2025 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2025
Syarat Perlantikan Guru Ganti adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM/SVM atau yang setaraf
- Mendapat kepujian dalam empat (4) matapelajaran lain diperingkat SPM serta
- Kepujian diperingkat SPM bagi matapelajaran yang perlu diajar
- Bagi syarat lantikan guru agama, calon hendaklah memiliki kepujian Bahasa Arab diperingkat SPM
- Syarat lantikan guru bahasa cina/tamil, calon hendaklah memiliki kepujian Cina/Tamil diperingkat SPM
Skop Jawatan Kosong Guru Ganti 2025
Guru Ganti dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.
Kadar Upah
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,000 – RM2,499 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,700 – RM1,999 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Jawatan Kosong Guru Ganti 2025
- Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2025 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
TIPS TEMUDUGA JAWATAN KOSONG GURU GANTI 2025
Sila bawa dokumen berikut ketika Sesi Temuduga Dijalankan :
A. Sijil akademik ( SPM/STPM/Diploma/Ijazah)
B. Kad pengenalan
C. Transkrip peperiksaan bagi graduan yang belum konvokesyen
D. Sijil ikhtisas atau surat lantikan personel mystep guru ganti ( jika ada)
Semua salinan perlu disahkan oleh ketua kampung/pegawai kerajaan kumpulan profesional)
Peringatan : sijil yang asal juga perlu dibawa ketika temuduga dijalankan
Skim Jawatan Kosong Guru Ganti ini diwujudkan adalah untuk menbantu mengantikan kekosongan oleh Guru disekolah sama ada guru tersebut mengambil Cuti Bersalin, Cuti Tanpa Gaji dan sebagainya. Ini adalah satu peluang kepada lepasan Pendidikan untuk mengambil pengalaman mengajar di pelbagai jenis sekolah. Jangan Lepaskan Peluang ini dan Mohon Sekarang!
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.