MyJPJ: Renew Lesen & Roadtax Online 2024

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan bahawa orang ramai tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan atau roadtax bersama lesen memandu pada kenderaan. Sebaliknya, mereka boleh menggunakan paparan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ.

Tindakan ini sejajar dengan usaha digitalisasi perkhidmatan utama JPJ, khususnya dalam pengurusan cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bermula 1 Februari 2024, pemandu kereta persendirian boleh memperbaharui roadtax dan lesen memandu secara atas talian menerusi aplikasi MyJPJ.

Sebelum ini, aplikasi MyJPJ hanya membolehkan paparan roadtax dan lesen memandu.

Apakah MyJPJ?

MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang membolehkan orang awam melakukan transaksi atau urusniaga menggunakan telefon pintar (smartphone).

Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan semakan dan paparan dokumen penting bagi pemandu di Malaysia seperti lesen memandu, roadtax atau cukai jalan, saman, dan sebagainya.

JPJ juga telah menambah fungsi pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan menggunakan aplikasi ini dan boleh dilakukan secara online mulai 1 Februari 2024.

MyJPJ

Perkhidmatan yang ditawarkan MyJPJ

Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:

  1. Pelesenan Kenderaan (Roadtax)
    • Paparan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM)
    • Pautan ke Sistem Bidaan Nombor Kenderaan (JPJeBid)
    • Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini
    • Semakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
    • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor(LKM)
    • Kongsi e-LKM
  2. Pelesenan Pemandu
    • Paparan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM)
    • Semakan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    • Semakan Keputusan Ujian Memandu
    • Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  3. Saman JPJ
    • Semakan Saman
    • Semakan Mata Demerit
    • Semakan Senarai Hitam
  4. Perkhidmatan Umum
    • JPJeQ
    • e-Aduan@JPJ
    • Sejarah Transaksi

Anda Juga Mungkin Meminati:

Permohonan Lesen Memandu Percuma 2024

Cara Download Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui platform mudah alih:

apps myjpj

Cara Daftar MyJPJ

Pengguna perlu mendapatkan ID Pengguna dengan mendaftar JPJeID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi MyJPJ.

Pendaftaran JPJeID boleh dibuat melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih MyJPJ;
  2. Portal mySIKAP JPJ; (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
  3. Hadir di mana-mana Kios JPJ berdekatan;
  4. Hadir di Kaunter JPJ berdekatan; atau
  5. Hadir di mana-mana kaunter bergerak JPJ Mobile.

Join Channel Telegram kerjakini untuk info lebih pantas!

Cara Daftar MyJPJ

Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan aplikasi MyJPJ, anda boleh menghubungi saluran berikut:

Semakan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Digital

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.

  • Bidaan nombor kenderaan
  • Semakan nombor terkini
  • Semakan lesen kenderaan
  • Semakan lesen memandu
  • Semakan keputusan Ujian
  • Semakan saman
  • Semakan senarai hitam

Lesen Memandu Digital (e-LMM)

Pada masa ini, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) memiliki lesen memandu yang dicetak secara fizikal.

Melalui Inisiatif Pendigitalan JPJ, Lesen Memandu Digital (e-LMM) tidak perlu lagi dicetak secara fizikal dan terus dipaparkan secara digital di telefon pintar (melalui aplikasi mudah alih MyJPJ) dan portal mySIKAP.

Jenis Lesen Memandu Yang Dipaparkan Di Aplikasi MyJPJ

Terdapat empat (4) jenis lesen memandu yang dipaparkan secara digital di dalam aplikasi MyJPJ iaitu:

  1. Lesen Belajar Memandu (LDL)
  2. Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  4. Lesen Memandu Vokasional

Lesen yang dipaparkan adalah muka hadapan dan belakang lesen.

Maklumat yang dipaparkan pada e-LMM

Sebagaimana LMM fizikal, e-LMM memaparkan:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat Pemegang Lesen
  • Jenis Lesen Memandu
  • Kelas Lesen Memandu
  • Tarikh Kuatkuasa
  • Gambar Pemegang Lesen
  • No. Siri Lesen
  • Kod Quick Respond (QR)

Semakan Lesen Memandu MyJPJ

Semakan Lesen Memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.

Semakan Lesen Memandu MyJPJ

Pembaharuan Lesen Memandu Digital (e-LMM)

Buat masa ini, pembaharuan di MyJPJ hanya melibatkan Lesen Memandu Kompeten (CDL) sahaja.

Bagaimanapun, fungsi pembaharuan Lesen Belajar Memandu (LDL) sedang dalam fasa pembangunan dan akan dimaklumkan setelah tersedia kelak.

Pembaharuan Lesen Memandu Vokasional hanya dibenarkan di kaunter sahaja kerana terdapat keperluan untuk pegawai JPJ melaksanakan verifikasi dokumen.

Syarat Perbaharui Lesen Memandu Malaysia

Orang Awam boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia berdasarkan syarat berikut:

  1. Pelanggan boleh memperbaharui LMM pada bila-bila masa dengan syarat tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh tamat kuatkuasa.
  2. Tempoh pembaharuan tidak melebihi sepuluh (10) tahun.
  3. Tidak mempunyai sekatan yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Cara Renew Lesen Memandu MyJPJ

Menu Pembaharuan Lesen Memandu

  1. Klik butang ‘Pembaharuan’.
  2. Pilih Jenis Lesen.
  3. Pilih Tempoh.
  4. Pilih Mod Bayaran.
  5. Masukkan maklumat Kad Kredit / Kad Debit.
  6. Klik butang ‘Proceed’.
  7. Kod Keselamatan/MSOS akan dihantar ke telefon bimbit oleh bank perkhidmatan yang digunakan.
  8. Masukkan Kod keselamatan.
  9. Paparan maklumat LMM terkini. Tekan butang ‘Resit’ untuk muat turun resit bayaran.
  10. Resit yang dipaparkan adalah resit ASAL.
Maklumat lesen memandu terkini akan dipaparkan. Sekiranya rekod lesen memandu masih menunjukkan rekod lama, klik butang ‘Jana Semula’.
Cara Renew Lesen MyJPJ

Roadtax Digital (e-LKM)

Pelaksanaan transaksi LKM secara dalam talian (online) dan paparan maklumat secara digital menggunakan aplikasi MyJPJ yang dimuatnaik dalam telefon pintar (smartphone) orang awam atau boleh diakses melalui portal mySIKAP.

Melalui Inisiatif Pendigitalan JPJ, Roadtax fizikal tidak perlu lagi dicetak, dipamerkan atau dilekatkan pada cermin kenderaan sepertimana pada masa ini.

Pada masa ini, orang awam masih diberikan pilihan sama ada memilih untuk mencetak dan mempamer roadtax fizikal pada cermin kenderaan atau roadtax digital melalui aplikasi MyJPJ atau portal mySIKAP.

Renew Roadtax Digital MyJPJ (e-LKM)

Pembaharuan cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ kini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.

Pada masa ini, MyJPJ hanya memaparkan cukai jalan kenderaan persendirian individu (Warganegara) sahaja.

Rujuk Infografik dibawah bagi prosedur pembaharuan Lesen Kenderaan Motor Digital e-LKM melalui aplikasi MyJPJ.

Syarat Renew Roadtax (e-LKM) MyJPJ

Orang awam boleh memperbaharui Roadtax di MyJPJ berdasarkan syarat berikut:

  1. Roadtax akan tamat dalam tempoh kurang dari dua (2) bulan.
  2. Insurans telah dibeli dan sah untuk tempoh enam (6) atau dua belas (12) bulan.
  3. Tidak mempunyai sekatan yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Cara Renew Roadtax MyJPJ

  1. Klik tab ‘Lesen Kenderaan Motor’.
  2. Pilih Nombor Kenderaan untuk Pembaharuan Roadtax.
  3. Klik butang ‘Pembaharuan’.
  4. Pilih Tempoh.
  5. Pilih Mod Bayaran.
  6. Masukkan maklumat Kad Kredit / Kad Debit;
  7. Klik butang ‘Proceed’.
  8. Kod Keselamatan/MSOS akan dihantar ke telefon bimbit oleh bank perkhidmatan yang digunakan;
  9. Masukkan kod keselamatan.
  10. Paparan maklumat roadtax terkini. Tekan butang ‘Resit’ untuk muat turun resit bayaran.
  11. Resit yang dipaparkan adalah resit ASAL.
Maklumat Roadtax terkini akan dipaparkan. Sekiranya rekod roadtax masih menunjukkan rekod lama, klik butang ‘Jana Semula'.
Cara Renew Roadtax MyJPJ

Semakan Cukai Jalan/ Roadtax MyJPJ

Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital di aplikasi MyJPJ.

Semakan Cukai Jalan MyJPJ

Kaedah Pembayaran Yang Diterima MyJPJ

Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja

Pembayaran menggunakan bank transfer dan eWallet sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah tersedia kelak.

Kategori Yang Masih Wajib Pamerkan Lesen memandu & Roadtax Fizikal

Langkah pendigitalan roadtax dan lesen memandu ini masih dalam fasa pertama iaitu hanya untuk kenderaan persendirian sahaja. Berikut adalah kategori yang masih wajib memaparkan lesen memandu dan roadtax:

Lesen Memandu

  • Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
  • Pemilik Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
  • Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
  • Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)

Roadtax

  • LKM Persendirian Syarikat
  • Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
  • Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana jika saya menggunakan kenderaan milik orang lain?

Pemilik kenderaan boleh berkongsi Roadtax Digital dengan individu/ahli keluarga yang membawa kenderaan beliau melalui fungsi Kongsi e-LKM di dalam aplikasi MyJPJ.

Adakah semua Roadtax Digital boleh dikongsi?

Hanya LKM yang masih berkuatkuasa sahaja boleh dikongsi. LKM yang telah tamat kuatkuasa tidak mempunyai butang ‘Kongsi LKM’.

Bagaimanakah cara untuk berkongsi Roadtax Digital?

Kongsi LKM seperti langkah berikut:

Pemilik Lesen Kenderaan Motor

  1. Klik Profil;
  2. Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
  3. Pilih dan klik LKM yang hendak dikongsi;
  4. Klik butang ‘Kongsi LKM’;
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan penerima. Semakan nombor Kad Pengenalan dibuat dengan rekod mySIKAP;
  6. Masukkan tempoh LKM dikongsi;
  7. Tekan butang ‘Hantar’; dan
  8. Mesej pengesahan dipaparkan dan Kod Pengaktifan turut dipaparkan. Pemilik perlu memberikan kod ini kepada penerima untuk mengaktifkan LKM di aplikasi MyJPJ penerima.
  9. Sistem tidak memberikan kod secara automatik bagi mengurangkan risiko salah perkongsian LKM. Pemilik perlu memberikan kod secara manual.

Penerima Lesen Kenderaan Motor

  • Klik Profil;
  • Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
  • Paparan LKM dikongsi dengan status ‘tidak aktif’ di ruangan LKM Dikongsi;
  • Jika LKM tiada di dalam senarai, klik butang ‘Jana Semula’;
  • Pilih LKM dan masukkan Kod Pengaktifan yang diberikan oleh pemilik LKM;
  • Klik ‘Hantar’; dan
  • LKM telah aktif dan boleh digunakan. Jika status belum berubah, klik butang ‘Jana Semula’.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment