Bantuan 2024: Bonus Penjawat Awam 2024

Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Selain itu, pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Insentif ini merupakan pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata insentif itu ialah isyarat bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Bonus Penjawat Awam 2024

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal

Baca Juga:

Daftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)
Bantual Awal Persekolahan (BAP 2024)

Jumlah Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam

Jumlah bantuan penjawat awam 2024 yang akan diberikan adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional Serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.RM2,000
Jawatan utama sektor awam (polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan pesara kerajaan (veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).RM1,000

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, layari https://belanjawan.mof.gov.my

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan. Informasi yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai.

Leave a Comment