TUNTUT MYSALAM 2025: SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL B40 BAGI PENERIMA BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR

Skim Perlindungan Mysalam 2025 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad. Disini kami akan kongsikan cara buat tuntutan mysalam bagi tahun 2025.
Untuk ketahui lebih lanjut cara tuntut MySalam 2025, ikuti info dibawah.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL B40 MYSALAM
MAKSUD SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025
Skim Perlindungan MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju Skim mySalam telah diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.
MANAFAAT PERLINDUNGAN MYSALAM
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;
- Manafaat Hospitalisasi
- Manafaat Penyakit Kritikal

SYARAT KELAYAKAN UNTUK TUNTUT MYSALAM
Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.
CARA CLAIM MYSALAM 2025
Sila rujuk cara buat tuntutan mysalam di bawah:
Untuk Tuntut mysalam bagi Penyakit Kritikal, anda perlu mengikuti langkah berikut;
- Layari Laman web rasmi MySalam di : www.mysalam.com.my
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
- Log masuk kembali ke www.mysalam.com.my.
- Klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah.
- Seterusnya, klik butang Lampirkan.
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
*Nota: Semua lampiran yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG.
Untuk Tuntut MySalam bagi Hospitalisasi, anda perlu mengikuti langkah berikut;
- Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
- Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
- Salinan kad pengenalan – (depan dan belakang)
- Salinan nota discaj
- Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
TEMPOH MASA PROSES TUNTUT MYSALAM 2025
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan tuntutan penyakit kritikal adalah sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima lampiran tuntutan yang lengkap. Sekiranya lampiran atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa yang lebih lama atau sehingga lampiran yang diperlukan telah lengkap.
SENARAI HOSPITAL PANEL TUNTUT MYSALAM 2025

Negeri Terengganu
Hospital Besut |
Hospital Dungun |
Hospital Hulu Terengganu |
Hospital Kemaman |
Hospital Setiu |
Hospital Sultan Zainal Abidin |
Hospital Sultanah Nur Zahirah |
Negeri Selangor
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM |
Hospital Ampang |
Hospital Banting |
Hospital Cyberjaya |
Hospital Kajang |
Hospital Kuala Kubu Bharu |
Hospital Orang Asli |
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia |
Hospital Selayang |
Hospital Shah Alam |
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital Serdang |
Hospital Sungai Buloh |
Hospital Tanjung Karang |
Hospital Tengku Ampuan Jemaah |
Hospital Tengku Ampuan Rahimah |
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin |
Pusat Kawalan Kusta Negara |
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTM |
Negeri Sarawak:
Hospital Bau |
Hospital Betong |
Hospital Bintulu |
Hospital Dalat |
Hospital Daro |
Hospital Kanowit |
Hospital Kapit |
Hospital Lawas |
Hospital Limbang |
Hospital Lundu |
Hospital Marudi |
Hospital Miri |
Hospital Mukah |
Hospital Rajah Charles Brooke Memorial |
Hospital Saratok |
Hospital Sarikei |
Hospital Sentosa |
Hospital Serian |
Hospital Sibu |
Hospital Simunjan |
Hospital Sri Aman |
Hospital Umum Kuching |
Pusat Jantung Sarawak |
Negeri Sabah
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu |
Hospital Beaufort |
Hospital Beluran |
Hospital Duchess Of Kent |
Hospital Keningau |
Hospital Kinabatangan |
Hospital Kota Belud |
Hospital Kota Marudu |
Hospital Kuala Penyu |
Hospital Kudat |
Hospital Kunak |
Hospital Lahad Datu |
Hospital Mesra Bukit Padang |
Hospital Papar |
Hospital Pitas |
Hospital Queen Elizabeth |
Hospital Queen Elizabeth II |
Hospital Ranau |
Hospital Semporna |
Hospital Sipitang |
Hospital Tambunan |
Hospital Tawau |
Hospital Tenom |
Hospital Tuaran |
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah |
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hospital Putrajaya |
Institut Kanser Negara |
Negeri Pulau Pinang
Hospital Balik Pulau |
Hospital Bukit Mertajam |
Hospital Kepala Batas |
Hospital Pulau Pinang |
Hospital Seberang Jaya |
Hospital Sungai Bakap |
Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia |
Negeri Perlis
Hospital Tuanku Fauziah |
Negeri Perak
Hospital Angkatan Tentera, Lumut |
Hospital Bahagia Ulu Kinta |
Hospital Batu Gajah |
Hospital Changkat Melintang |
Hospital Gerik |
Hospital Kampar |
Hospital Kuala Kangsar |
Hospital Parit Buntar |
Hospital Raja Permaisuri Bainun |
Hospital Selama |
Hospital Seri Iskandar |
Hospital Seri Manjung |
Hospital Slim River |
Hospital Sungai Siput |
Hospital Taiping |
Hospital Tapah |
Hospital Teluk Intan |
Negeri Pahang
Hospital Bentong |
Hospital Bera |
Hospital Jengka |
Hospital Jerantut |
Hospital Kuala Lipis |
Hospital Muadzam Shah |
Hospital Pekan |
Hospital Raub |
Hospital Rompin |
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah |
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom |
Hospital Tengku Ampuan Afzan |
Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Negeri Sembilan
Hospital Jelebu |
Hospital Jempol |
Hospital Port Dickson |
Hospital Rembau |
Hospital Tampin |
Hospital Tentera Darat, Gemas |
Hospital Tuanku Ampuan Najihah |
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban |
Negeri Melaka
Hospital Alor Gajah |
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka |
Hospital Jasin |
Hospital Melaka |
Wilayah Persekutuan Labuan
Hospital Labuan |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur |
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia |
Hospital Kuala Lumpur |
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM |
Hospital Rehabilitasi Cheras |
Hospital Tunku Azizah |
Institut Perubatan Respiratori |
Pusat Perubatan Universiti Malaya |
Negeri Kelantan
Hospital Bachok |
Hospital Gua Musang |
Hospital Jeli |
Hospital Kuala Krai |
Hospital Machang |
Hospital Pasir Mas |
Hospital Raja Perempuan Zainab II |
Hospital Sultan Ismail Petra |
Hospital Tanah Merah |
Hospital Tengku Anis |
Hospital Tumpat |
Hospital Universiti Sains Malaysia |
Negeri Kedah
Hospital Baling |
Hospital Jitra |
Hospital Kuala Nerang |
Hospital Kulim |
Hospital Langkawi |
Hospital Pendang |
Hospital Sik |
Hospital Sultan Abdul Halim |
Hospital Sultanah Bahiyah |
Hospital Yan |
Negeri Johor
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang |
Hospital Kota Tinggi |
Hospital Mersing |
Hospital Pakar Sultanah Fatimah |
Hospital Permai Johor Bahru |
Hospital Pontian |
Hospital Segamat |
Hospital Sultan Ismail |
Hospital Sultanah Aminah |
Hospital Sultanah Nora Ismail |
Hospital Tangkak |
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim |
CARA BAYARAN TUNTUT MYSALAM 2025
Bagi bayaran tuntutan yang telah berjaya, penerima akan dimaklumkan melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dikemas kini di dalam portal mySalam. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seperti yang didaftarkan.


Jika bayaran anda tidak berjaya dikreditkan, SMS akan dihantar ke nombor yang didaftar untuk memaklumkan pembayaran ke akaun bank yang dikemas kini di portal mySalam adalah tidak berjaya. Anda digesa untuk menyemak dan mengemas kini maklumat akaun bank di portal mySalam dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda pertama menerima notifikasi. Selain SMS, kami juga memaklumkan anda melalui portal mySalam anda portal di ruangan Mesej.
Kegagalan untuk mengemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan tuntutan ditarik balik. Sebarang kemas kini yang dibuat selepas tuntutan ditarik balik, tidak akan diproses.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan TUNTUT MySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.
Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: info@mysalam.com.my
Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.
Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=faq_bayaran_tuntutan