Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Pertubuhan Peladang kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Pertubuhan Peladang sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) |
Penempatan: | Seluruh Malaysia |
Kelayakan: | PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah |
Taraf Jawatan: | Tetap |
Tarikh Tutup: | 31 Mei 2024 (Jumaat) |
Jawatan Ditawarkan Lembaga Pertubuhan Peladang
- Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
- Akauntan Gred WA41
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
- Juruteknik Komputer Gred FT19
- Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
- Pembantu Akauntan Gred W19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Pembantu Operasi Gred N11
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Lembaga Pertubuhan Peladang yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Lembaga Pertubuhan Peladang
- Permohonan jawatan kosong Lembaga Pertubuhan Peladang diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs di https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan LPP yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
Mcm mane mahu isik kekosongan ini