Subsidi Tiket Kapal Terbang RM400 kepada pelajar IPT (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
Pada 12 Disember 2024 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan kenaikan kadar subsidi tiket kapal terbang bagi bantuan Flysiswa untuk tahun 2025 ini.
Ini bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan subsidi tiket kapal terbang mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.
BACA JUGA : Jawatan Kosong 2025 MySTEP Kementerian Dalam Negeri (KDN), Minima Kelayakan SPM-Diploma-Ijazah
Pengenalan Subsidi FLYSISWA 2025
Flysiswa 2025 ini merupakan satu inisiatif bantuan pembelian Subsidi tiket kapal terbang untuk Pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa).
Pemberian bantuan ini dilakukan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan ke atas kesusahan yang dihadapi para siswa yang perlu bekerja separuh masa hanya kerana ingin membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke rumah mereka sewaktu musim perayaan atau cuti semester.
Kita sedia maklum bahawa tiket antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada kalanya terlalu mahal umpama pergi melancong ke luar negara. Oleh itu, dengan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM400 secara one-off, boleh membantu meringankan sedikit beban para pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.
Jumlah Subsidi Ditawarkan
Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan lebih 74,500 pelajar dari universiti awam, politeknik, IPG, dan matrikulasi, serta dianggarkan 60,000 pelajar yang menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Kadar bantuan FLYsiswa 2025 terbaru telah dinaikkan daripada RM300 ke RM400.
Syarat Kelayakan Permohonan FLYSISWA 2025
a. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
- berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
b. Pelajar sedia ada/ baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing sehingga 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
c. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 13 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2025;
d. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
e. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
h. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025; dan
i. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Tarikh Penebusan / Pembelian menggunakan Subsidi Tiket Kapal Terbang
Bagi anda yang telah layak untuk memohon subsidi penerbangan IPT ini, anda boleh melakukan penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT
Bagi pelajar IPT yang ingin melakukan permohonan bantuan subsidi kapal terbang ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan di laman rasmi https://subsidiudara.mot.gov.my/.
Sila masukkan nombor MyKad dan pilih Nama Institusi untuk semakan
Bagi yang layak anda boleh terus melakukan permohonan bantuan daripada mana-mana syarikat penerbangan yang dinyatakan dan jika anda tidak layak anda boleh mencuba sekali lagi dengan membuat rayuan semula.
Cara Pembelian Tiket Kapal Terbang menggunakan Subsidi FLYSISWA 2025
Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut:
- Malaysia Airlines
- AirAsia
- BatikAir
- Firefly
- MASwings
Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Proses Rayuan Flysiswa 2025
Untuk membuat permohonan rayuan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar universiti awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan;
- Mengisi maklumat-maklumat pelajar yang dipohon bagi semakan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing;
- setelah diperakukan dan disahkan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi universiti awam, kolej komuniti dan politeknik atau Kementerian Pendidikan bagi kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru, pelajar akan mendapat e-mel pemakluman kelulusan rayuan; dan
- pelajar boleh meneruskan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.
*NOTA : tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 15 April 2025 hingga 30 September 2025.
Maklumat Lanjut
Bagi pelajar yang menghadapi masalah atau mempunyai aduan berkenaan tiket penerbangan yang ditebus menggunakan subsidi ini, boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan Kementerian Pengangkutan di e-mel aduan@mot.gov.my.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://subsidiudara.mot.gov.my atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) di SINI.
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://subsidiudara.mot.gov.my/faq