Jawatan Kosong Kerani FAMA 2024 Terkini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong FAMA 2024.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong FAMA sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Penempatan:Ibu Pejabat FAMA, Selangor
Kelayakan:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:12 Mei 2024 (Ahad)

Jawatan Ditawarkan FAMA

  1. Kerani Pentadbiran Gred K1

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong FAMA yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, keutamaan kepada yang memiliki Diploma.
  • Berumur di antara 21 hingga 35 tahun.
  • Mempunyai kemahiran dalam MS Ofice (MS Word, MS Excel dan MS Power Point).
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian Canva dan Google Sheet.
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan data (data entry, data cleaning dan lain-lain yang berkaitan).
  • Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu.
  • Mempunyai minat dalam penerbitan, penulisan laporan dan penyediaan kertas kerja.
  • Sihat tubuh badan.

Tugas Kerani FAMA

  • Membantu dalam melakukan carian maklumat yang berkaitan dengan kajian.
  • Memantau pencapaian survei dan membuat susulan kepada responden kajian supaya sasaran dapat dicapai.
  • Melaksanakan proses data cleansing dan analisis data.
  • Membantu menyediakan laporan kajian dan penerbitan.
  • Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Mohon Jawatan FAMA

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p yang boleh didapati melalui laman web rasmi FAMA di https://www.fama.gov.my/ atau pautan Borang Permohonan yang telah disediakan dibawah
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masingmasing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
  • Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
  • Permohonan hendaklah sampai kepada:
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment