Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Air Perak kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong LAP Perak 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong LAP Perak 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Lembaga Air Perak |
| Penempatan: | Perak |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 30 November 2026 (Isnin) |
Senarai Jawatan Kosong LAP Perak 2026
| Senarai Kekosongan | Kelayakan Akademik |
| Jurutera Gred J9 | Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
| Penjaga Jentera Elektrik Gred J1 | SPM/ SVM/ memiliki Sijil Kekompetenan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU SKM Tahap 3 |
| Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | SPM/ SVM/ Sijil Perakaunan yang diiktiraf |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 |
| Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 ATAU Tahap 3 & WAJIB memiliki Lesen Memandu |
Jom mohon juga : Jawatan Kosong National Institutes of Biotechnology Malaysia 2026
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong LAP Perak 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
- Keutamaan diberikan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan; dan
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong LAP Perak 2026
- Permohonan Jawatan Kosong LAP Perak 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Lembaga Air Perak di https://www.lap.com.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Hanya Permohonan dalam Tarikh 10 November 2026 sehingga 30 November 2026 sahaja yang akan diproses. Sila kemaskini permohonan jika anda pernah memohon sebelum ini.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
