Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) kini menawarkan peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong SPANS yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong SPANS 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan (Rakyat Negeri Sabah diberi Keutamaan) dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong SPANS 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah |
| Penempatan: | Rujuk jadual dibawah |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 26 November 2026 (Khamis) |
Senarai Jawatan Kosong SPANS
| Senarai Kekosongan | Syarat Kelayakan Akademik | Penempatan |
| Pembantu Laut Gred A1 | SPM/ SVM/ Sijil Berkaitan Perkapalan | Beluran dan Pitas |
| Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 | Sijil / Diploma / Diploma Kejuruteraan | Seluruh Sabah |
| Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5 | STPM/ STAM/ Diploma Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam | Kota Kinabalu |
| Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 | SPM | Kota Kinabalu |
| Pegawai Undang-Undang Gred L9 | Ijazah Sarjana Muda | Kota Kinabalu |
| Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5 | Diploma | Kota Kinabalu |
| Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9 | Ijazah Sarjana Muda | Sandakan |
| Pembantu Arkib Gred S1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Kota Kinabalu |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pembantu Operasi/ Pembantu AM) | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Sandakan & Kota Kinabalu |
| Pegawai Sains Gred C9 | Ijazah Sarjana Muda | Kota Kinabalu & Sandakan |
| Pegawai Keselamatan Gred KP9 | Ijazah Sarjana Muda | Kota Kinabalu |
| Pembantu Keselamatan Gred KP 1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Daerah |
| Pegawai Penyelidik Gred Q9 | Ijazah Sarjana Muda | Kota Kinabalu |
| Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5 | STPM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Bidang berkaitan/ Diploma | Kota Kinabalu |
| Pembantu Penyelidik Gred Q1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Kota Kinabalu |
| Pembantu Laut Gred A1 | SPM/ SVM/ Sijil Berkaitan Perkapalan | Seluruh Sabah |
| Pembantu Perikanan Gred G1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Sabah |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemandu Kenderaan) | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Sabah |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pembantu Operasi) | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Sabah |
| Pembantu Keselamatan Gred KP1 | SPM/ SVM/ Bekas anggota polis atau Tentera (berpangkat Konstabel atau Prebet) | Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan |
| JuruGeospatial Gred J9 | Ijazah Sarjana Muda | Kota Kinabalu |
| Penolong Juruukur Gred J5 | Sijil Ukur Tanah/ Diploma Ukur Tanah, Geomatik | Seluruh Daerah |
| Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 | Sijil/ Diploma | Kota Kinabalu |
| Pembantu Penilaian Gred W1 | SPM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Kota Kinabalu |
| Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Daerah |
| Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Daerah |
| Pembantu Kemahiran Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Inanam |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemandu Kenderaan) | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Sabah |
| Pembantu Khidmat AM Gred H1 (Pembantu Operasi/ Pembantu Awam) | SPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 | Seluruh Sabah |
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Kilang Boston Scientific Penang Ambilan 2026 dibuka
Syarat Permohonan Jawatan Kosong SPANS 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong SPANS Sabah 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Baca iklan Penuh kekosongan disini
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Cara Mohon Jawatan Kosong SPANS 2026
- Permohonan Jawatan Kosong SPANS Sabah 2026 hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di https://espans.sabah.gov.my/ atau di pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Hanya Permohonan yang diterima dalam tempoh 11 November 2026 – 26 November 2026 sahaja akan diproses.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan calon mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Salinan Sijil – Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen – dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 4 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
