Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi JawatJawatan Kosong Polis Bantuan KTMB 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Keretapi Tanah Melayu Berhad |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | SPM |
| Taraf Jawatan: | Tetap |
| Tarikh Tutup: | 19 Jun 2026 (Jumaat) |
Senarai Jawatan Kosong
| Konstable Polis Bantuan | SPM |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong MySTEP SPRM 2026. Mohon Sekarang!
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
- Lulus lima (5) mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk Bahasa Melayu & Sejarah.
- Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Melayu.
- Tiada mempunyai sebarang rekod jenayah/dadah sama ada pernah disabitkan dengan kesalahan atau dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
- Pihak PDRM akan membuat saringan ujian air kencing .
- Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya kelas B2 dan mempunyai kenderaan sendiri.
- Sedia di tempatkan di mana-mana lokasi di seluruh rangkaian KTM Berhad.
Syarat Kelayakan Fizikal
| Kriteria | Syarat |
| Tinggi | Lelaki : 165 cm Perempuan 157 cm (Tanpa memakai kasut) |
| Berat | Lelaki : Tidak kurang daripada 50 kg Perempuan : Tidak Kurang daripada 49 Kg |
| BMI | 19 – 29 |
| Penglihatan | V6/6 Tanpa Cermin mata Tidak Buta Warna |
Spesifikasi Tugas:
Menjalankan semua aspek penugasan kepolisan di seluruh rangkaian dan premis KTMB seperti :
- Membuat kawalan di depoh seluruh rangkaian KTMB.
- Menjaga keselamatan orang awam di stesen dan platform.
- Membuat rondaan berjalan kaki dan kenderaan jabatan di sepanjang landasan.
- Membuat rondaan pemantauan di dalam tren. (On Board).
- Memantau kawalan 24 jam melalui CCTV
Cara Mohon Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB 2026
- Permohonan Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad di https://www.ktmb.com.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
