Panduan Lengkap Mohon Bantuan Rumah PPRT 2024

Pengenalan Bantuan Rumah PPRT 2024

Bantuan Rumah PPRT 2024 atau Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Jenis Bantuan Rumah PPRT 2024

Kawasan liputan bantuan PPRT adalah di kawasan luar bandar.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Baik Pulih

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)

Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

Artikel Berkaitan :

Syarat Kelayakan Bantuan Rumah PPRT 2024

Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

(Pendapatan Isi Rumah Miskin tegar : RM1,169 dan Miskin RM2,208)

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan rumah PPRT 2024 yang LAYAK adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Syarat Bantuan PPRT – Bina Baharu

  1. Tidak mempunyai rumah;
  2. rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  3. tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Syarat Bantuan PPRT – Baik Pulih

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan rumah pprt 2024 diberikan kepada:

  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
syarat kelayakan rumah pprt 2024

Kadar Bantuan Rumah PPRT 2024

Kadar Bantuan PPRT Bagi Bina Baharu

Kadar Bantuan Rumah PPRT 2024 Bagi Skop Bina Baharu adalah seperti berikut :

KawasanJenis RumahKadar Siling Rumah (RM)
Semenanjung3 Bilik (660 kps)66,000
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan3 Bilik (660 kps)79,000

Kadar Bantuan PPRT Bagi Baik Pulih

Kadar Bantuan Rumah PPRT 2024 Bagi Skop Baik Pulih adalah seperti berikut :

KawasanKadar Bantuan (RM)
Semenanjung15,000
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan17,000

Cara Mohon Rumah PPRT 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang tertera dan ingin membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah pprt 2024 ini, berikut adalah langkah yang telah disediakan:

Permohonan Online Rumah PPRT 2024

Permohonan Rumah PPRT 2024 secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

  1. Layari Portal Rasmi eSPKR di https://www.rurallink.gov.my/
  2. Kemudian, tekan butang ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin‘ di laman utama.
  3. Seterusnya, sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Setelah lengkap mengisi, tekan ‘Hantar Permohonan‘.
cara mohon rumah pprt 2024 online

Cara Mohon Secara Manual Melalui Borang Permohonan Rumah PPRT 2024

Anda juga boleh melakukan permohonan bantuan rumah pprt 2024 secara manual dengan mengisi Borang Permohonan Rumah PPRT seperti dibawah.

Borang-Permohonan-PPRT-2024

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan rumah PPRT 2024 bagi tahun 2024, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:

Website : https://www.rurallink.gov.my/
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : info@ruralink.gov.my

Penafian:Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan Rumah PPRT?

PPRT adalah program di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) yang bertujuan untuk membantu menaik taraf kehidupan golongan miskin tegar dan miskin di luar bandar dengan memberi bantuan baik pulih atau bina baru rumah supaya penerima mendapat mendiamu kediaman yang selamat, selesa dan sempurna buat keluarga mereka.

Apakah objektif Bantuan Rumah PPRT 2024 diwujudkan?

PPRT diwujudkan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Apakah skop bantuan rumah PPRT 2024?

Skop PPRT terbahagi kepada dua:

  • Bina baharu: bantuan diberikan kepada peserta yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki; dan
  • Baik pulih: bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah seperti bumbung (kekuda dan alang), atap, siling, tangga, dapur, tandas, bilik air, pintu, lantai, dinding, lantai simen/kayu, tingkap, perpaipan, perparitan (perimeter drain/saluran keluar), pembetungan/kumbahan, titian laluan ke rumah atas air, pendawaian elektrik serta rumah tersebut masih ekonomik untuk dibaiki.

Siapakah yang layak untuk mohon rumah PPRT 2024?

Keutamaan akan diberikan kepada:

  • Warga emas (lebih 65 tahun), uzur dan orang kurang upaya;
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran; dan
  • Penerima bantuan perlu memiliki tanah sendiri atau mempunyai kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

Bolehkah pemohon yang tidak mempunyai tanah memohon bantuan PPRT?

Antara syarat utama pemberian bantuan PPRT selain daripada status miskin dan miskin tegar adalah pemilikan tanah atau mempunyai kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

Bolehkah pemohon yang tidak berdaftar dalam eKasih memohon bantuan rumah PPRT 2024?

  1. Syarat kelayakan penerima bantuan PPRT adalah daripada kumpulan miskin dan miskin tegar di luar bandar.
  2. Penerima bantuan perlu sama ada:
    • disahkan sebagai miskin tegar atau miskin dan berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
    • diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
    • diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
    • diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  3. Bagi pemohon yang tiada dalam senarai eKasih, permohonan berkenaan masih boleh dipertimbangkan dalam jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Apakah reka bentuk rumah PPRT?

Rumah PPRT Bina Baharu mempunyai dua jenis reka bentuk iaitu rumah tiga bilik dan rumah panjang. Pembinaan rumah adalah jenis batu-bata dan dilaksanakan mengikut kesesuaian tapak serta lokasi. Saiz dan keluasan rumah PPPT adalah:

Jenis RumahSaizKeluasan (kps)
3 bilik (batu-bata)22 x 30 kaki660 kaki/segi
Rumah panjang17.72 x 40.35 kaki715 kaki/segi
Pembahagian ruang di dalam rumah terdiri daripada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Adakah rumah PPRT boleh diwarisi?

Rumah PPRT (Bina Baharu) adalah milik peserta. Oleh itu sekiranya peserta meninggal dunia, isteri/suami, anak-anak atau waris peserta adalah berhak ke atas rumah tersebut. Walau bagaimanapun, bagi rumah PPRT yang dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri dan seumpamanya, pemilikan tanah selepas peserta meninggal adalah tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri.

Adakah rumah PPRT boleh diubahsuai atau ditambah?

Rumah PPRT hanya boleh diubahsuai atau ditambah selepas enam (6) bulan tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) tamat.

Bolehkah PPRT dibina atas tanah berstatus TOL (Temporary Occupational License)?

Pembinaan rumah PPRT adalah bersifat kekal dan untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, ia tidak sesuai dibina di atas tapak berstatus TOL yang mana kebenaran guna tanah adalah bersifat sementara. Namun begitu, pemohon boleh merujuk kepada Pentadbir Tanah yang berkenaan bagi mendapatkan kebenaran.

Leave a Comment