Seperti institusi kewangan lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menawarkan perkhidmatan perbankan dalam talian. Yang lebih menarik, anda kini boleh daftar BSN Online 2024 tanpa perlu mengunjungi kaunter BSN.
Teruskan membaca untuk mengetahui cara mudah dan cepat untuk mendaftar akaun BSN secara atas talian
Apakah myBSN Online Banking
myBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:
- Pertanyaan Baki.
- Pemindahan Dana.
- Pembayaran Bil.
- Pembayaran Kad Kredit.
- Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP).
- Pembelian Pin.
- dan banyak lagi.
Kelayakan untuk Daftar BSN Online 2024
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM/ Debit/ Kredit BSN.
Kelebihan Daftar BSN Online 2024
- Menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan anda sendiri.
- Transaksi dalam talian yang selamat.
- Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank!
Cara Daftar BSN Online 2024
Sebelum mula daftar BSN online 2024, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.
Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online.
Baca Juga :
Langkah 1 – Layari myBSN
- Layari laman web mysBSN di https://www.mybsn.com.my/
- Klik ‘Register’.
- Tandakan butang ‘Accept’ untuk ‘First Time Registration’.
Langkah 2 – Masukkan Maklumat Kad
Isi maklumat berikut untuk proses pengesahan:
- Masukkan Nombor 16 digit Kad Debit/ Kad Kredit 16-digit pada kad ATM anda.
- Diikuti dengan nombor CVV2 (nombor 3 digit di bahagian belakang kad ATM)
- Tarikh sah tempoh kad anda (valid thru)
- Nombor Pin (hanya untuk Kad Debit).
Langkah 3 – Masukkan Kad Pengenalan
Masukkan nombor Kad Pengenalan baru/ Kad Pengenalan lama/ Nombor Passport.
Langkah 4 – Pilih ID Pengguna
- Masukkan Username/ ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.
- Tekan ‘Request OTP’.
- Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.
- Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
- Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).
Langkah 5 – Selesai
Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.
Anda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.
Sila rujuk panduan video di bawah :
Cara Login BSN Online 2024 (myBSN)
Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password yang telah anda daftarkan.
Sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
Selepas daftar BSN Online 2024, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking!
Perkhidmatan myBSN 2024
Setelah login, anda boleh mengakses dan pelbagai maklumat akaun BSN anda dan melakukan aktiviti perbankan seperti:
Pemindahan Dana
- Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.
- Tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.
Semak Rekod Transaksi
- Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan.
- Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’. Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.
Pembayaran Pinjaman
- Dengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.
- Had maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.
Pembayaran Bil
- Kemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
- Perkhidmatan Pembayaran Bil kami adalah percuma.
Pembelian Pin
- Dengan BSN, anda boleh membeli PIN UPU online untuk diri sendiri atau orang lain.
- Cuma masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.
Beli Sijil Simpanan Premium (SSP)
- SSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja.
- Anda mesti ada Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.
- Semak dan sahkan alamat anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian SSP.
- Tiada had untuk pembelian SSP melalui myBSN.
Maklumat Lanjut
Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
Talian ini dibuka 24 jam sehari.
Untuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk laman web rasmi Bank Simpanan Nasional di https://www.bsn.com.my/
Penafian:Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.