Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong SPRM sebagaimana berikut:
Maklumat Permohonan SPRM
Nama Majikan | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
Penempatan | Putrajaya |
Taraf Jawatan | Kontrak (Personel MySTEP) |
Kelayakan | SPM & Diploma |
Tarikh Tutup Permohonan | 08 Januari 2024 (Isnin) |
Jawatan Ditawarkan SPRM
- Pembantu Tadbir Aset
- Pembantu Tadbir Rekod
Lihat Juga
- Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia
- Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan
- Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2024
Syarat Permohonan Jawatan Kosong SPRM
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong SPRM
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.