Jawatan Kosong PTNP 2026 – Perbadanan Taman Negeri Pahang

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Perbadanan Taman Negeri Pahang kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan satu jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumatJawatan Kosong PTNP 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong PTNP 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Perbadanan Taman Negeri Pahang
Penempatan:Pahang
Kelayakan:Rujuk jadual dibawah
Taraf Jawatan:Kontrak Perkhidmatan (Contract of Services)
Tarikh Tutup:20 November 2026 (Jumaat)

Senarai Kekosongan Jawatan

Nama JawatanKelayakan Akademik
Ranjer HutanSPM/ SVM/ SKM Tahap 2 atau Tahap 3 / Berpengalaman Kerja 3 – 5 tahun dalam bidang berkaitan seperti penguatkuasaan, operasi lapangan, pemeliharaan & pemuliharaan hutan, pengurusan taman negeri atau bidang lain yang setara

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Perodua 2026

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong PTNP 2026

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong PTNP 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Khas
      • Melepasi pemeriksaan kesihatan asas (BMI<21.0)
      • Bebas kes jenayah dan dadah juvana
      • Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang/ sakit jantung, tidak mengidap penyakit Lelah dan tidak mempunyai penyakit kronik
      • Mempunyai Lesen memandu B2 dan/ Atau D
      • Mempunyai kekuatan mental dan fizikal bermalam di dalam hutan
      • Mempunyai minat dan pengetahuan terhadap hidupan liar
      • Calon yang tinggal berdekatan (daerah yang sama) adalah DIGALAKKAN untuk memohon.

Cara Mohon Jawatan Kosong PTNP 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong PTNP 2026 diatas hendaklah melalui emel di [email protected] atau serahan tangan di Pejabat Perbadanan Taman Negeri Pahang.
  • Calon dikehendaki menyertakan resume yang lengkap dan Terkini (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda sudah mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Hanya Permohonan yang diterima SEBELUM tarikh tutup iklan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan PTNP

Baca Iklan Penuh Kekosongan disini : Facebook Rasmi Perbadanan Taman Negeri Pahang (Ranjer Hutan)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang Pertanyaan, Boleh hubungi;

UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP)
Tingkat 11, Kompleks Teruntum,
Jalan Mahkota,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Email : [email protected]
No Tel : 09-5315987

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment