Jawatan Kosong Guru MySTEP 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Guru MySTEP 2024 sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama Kementerian/JabatanPejabat Pendidikan Daerah LMS
Lokasi KekosonganNegeri Perak Darul Ridzuan
KelayakanDiploma/STPM/STAM
Taraf JawatanPersonel MySTEP
Tarikh Tutup Permohonan29 Februari 2024 (Khamis)

Jawatan Ditawarkan

  1. Guru MySTEP

Lihat Juga: Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lihat Juga: Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR)

Tugas Guru MySTEP

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar.
  • Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Kemudahan

  • Gaji Diberi Mengikut Kelayakan MySTEP
  • Layak Mendapat Caruman KWSP & Perkeso
  • Layak Mendapat Cuti Rehat 12 hari setahun
  • Layak mendapat cuti Sakit 14 Hari Setahun

Syarat Permohonan Guru MySTEP

  1. Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  2. Permohonan ini hanya terhad kepada individu yang tinggal di Daerah Larut Matang Dan Selama sahaja.
  3. Tidak perlu hantar hard copy surat permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah.
  4. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong SPA yang hendak dipohon.
  5. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Permohonan Guru MySTEP 2024

  • Permohonan Jawatan Kosong Guru Personel MySTEP 2024 diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
  • Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Soalan Lazim (FAQ) Guru MySTEP

Apakah kelayakan minima untuk memohon guru MySTEP?

Kelayakan minima untuk mohon Guru MySTEP ialah Diploma/STPM/STAM

Di manakah saya akan berkhidmat jika ditawarkan sebagai Guru MySTEP?

Sekolah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak

Adakah saya perlu hantar surat permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah?

Semua permohonan hanya secara dalam talian sahaja. Tidak perlu hantar surat ke Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPD LMS)

1 thought on “Jawatan Kosong Guru MySTEP 2024”

Leave a Comment