Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan sebagaimana berikut:

Nama JabatanJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
PenempatanNegeri Selangor Darul Ehsan
KelayakanDiploma
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup19 Januari 2024 (Jumaat)

Jawatan Ditawarkan

  1. Guru Tabika Perpaduan Gred S29

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi Malaysia atau yang setaraf
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor sahaja.

Tugas Guru Tabika Perpaduan

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika.
  • Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran serta pembelajaran kanak-kanak.
  • Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika.
  • Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Mohon Jawatan Guru Tabika Perpaduan

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  • Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta Transkrip Akademik), cetakan slip pengiktirafan MQA, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil Vaksinasi Covid-19 serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut turutan.
  • Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
    • TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
    • TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    • TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
    • TIDAK menandatangani borang permohonan;
    • TIDAK mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.
  • Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
  • Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.
  • Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM

Leave a Comment