Permohonan bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki & Wanita) & Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki)
Peluang Kerjaya kini dibuka di Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)! Bagi anda yang berminat membina kerjaya sebagai ahli TLDM, ini peluang terbaik anda. Permohonan kini dibuka pada bemula 1 MEI 2025 sehingga 30 MEI 2025 Sahaja.
Semak syarat kelayakan dan cara mohon TLDM 2025 di bawah.
Bacaan Trending Sekarang : Jawatan Kosong Pembantu Guru Terkini 2025 – Tugas Admin
MAKLUMAT JAWATAN TLDM 2025
Nama Majikan: | Kementerian Pertahanan |
Penempatan: | Seluruh Negeri di Malaysia |
Kelayakan: | Minima SPM/ SVM |
Taraf Jawatan: | Tetap |
Tarikh Tutup: | 30 Mei 2025 |
Kadar Gaji | Latihan Perajurit Muda (6 Bulan – RM1,925.00) SPM/ SVM – RM2,035.00 SPM & SKM Tahap 2 – RM2,107.00 SPM & SKM Tahap 3 – RM2,179.00 Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) – RM2,539.00 |
SYARAT KESIHATAN UNTUK MOHON TLDM 2025
- Sihat tubuh badan,Penglihatan, dan pendengaran tanpa sebarang alat bantuan
- Penglihatan (Jelas tanpa cermin mata/ kanta lekap/ tidak Rabun warna)
- Memenuhi syarat fizikal dibawah.
UKURAN | LELAKI | WANITA |
Tinggi (Minima) | 1.62m | 1.60m |
Berat (Minima) | 47.5kg | 46.5kg |
BMI | 18.0 – 25.0 | 18.0 – 23.0 |
Beza ukuran dada pernafasan | 5cm | 4cm |
SYARAT ASAS KELAYAKAN AKADEMIK TLDM 2025
Bagi Lepasan SPM/ SVM, Calon perlu memenuhi syarat berikut;
- Lelaki dan Wanita Warganegara Malaysia
- • Berumur 18 Tahun dan tidak melebihi 25 Tahun pada Tarikh 1 Dis 2025
- Lepasan SPM dan SVM bagi lelaki dan Wanita
- Kepujian Bahasa Melayu
- Lulus Subjek Sejarah
- Berstatus Bujang (Tidak pernah berkahwin)
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/ Swasta
- Bebas dari sebarang kes jenayah/ juvana dan dadah.
TIPS:
Keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mempunyai Kepujian dalam matapelajaran berikut;
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)- Kepujian Bahasa Melayu
Bagi Kelayakan akademik Peringkat Diploma;
- Calon hendaklah mempunyai SPM dengan pangkat Kepujian dalam Bahasa Melayu serta Lulus Subjek Sejarah
- Calon perlu mengemukakan Sijil Diploma, Transkrip dan sijil perakuan akreditasi (Pengiktirafan Rasmi) dari badan berkaitan,
- Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)
CARA MOHON PERAJURIT TLDM 2025
Permohonan boleh dibuat melalui Laman Web rasmi TLDM DISINI : https://www.navy.mil.my/ms/perkhidmatan/pengambilan-perajurit-muda-tldm-siri-230-25
Langkah-langkah:
- Sila imbas Kod QR yang disediakan ATAU layari www.navy.mil.my untuk mendaftar boring permohonan.
- Calon perlu menlengkapkan maklumat dalam borang permohonan.
- Permohonan yang lengkap akan disemak dan diproses oleh sel pengambilan TLDM.
- Hantar permohonan.
Dokumen Sokongan yang Diperlukan
- Kad Pengenalan Pemohon
- Sijil Kelahiran Pemohon
- Sijil Kelayakan Akademik Pemohon
- Kad Pengenalan bapa
- Sijil Kelahiran Bapa
- Kad Pengenalan Ibu
- Sijil Kelahiran Ibu
- Sijil kematian Ibu/ Bapa (Jika Berkaitan)
- Sijil Cerai Ibu/ Bapa (Jika Berkaitan)
TARIKH PENTING MOHON TLDM 2025
Tarikh Permohonan Dibuka : 1 MEI 2025
Tarikh Permohonan Ditutup : 30 MEI 2025
TIPS ISI BORANG SUPAYA LULUS PEMILIHAN:
- Jawab/ Isi semua soalan yang terdapat di dalam borang permohonan.
- Gunakan HURUF BESAR Semasa mengisi borang ini KECUALI email
- Isi maklumat Ibu dan Bapa mengikut Kad pengenalan mereka.
- Pastikan maklumat yang di isi adalah betul dan benar.
- Pilih Lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk memudahkan proses temuduga jika Berjaya dipilih.
- Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan BERKEBOLEHAN BERENANG akan diberi keutamaan.
- Pemohon yang aktif mewakili NEGERI/ NEGARA juga akan diberi keutamaan.
KELEBIHAN BEKERJA DALAM TLDM 2025:
- Elaun Perkhidmatan (RM 115)
- Bayaran Insentif Khas ATM (RM200)
- Berpeluang kenaikan gaji tahunan Tetap
- Bayaran Elaun Khas dan Insentif perjalanan Tahunan
- Rawatan Perubatan & Pergigian
- Pakaian Seragam
- Sajian & tempat tinggal (Bujang)
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
Semakan Status permohonan adalah melalui emel pemohon sekiranya Berjaya/ gagal. Status permohonan boleh disemak bermula pada bulan Jun 2025.
Pemohon hanya perlu mendaftar sekali Sahaja.
Rujukan
Untuk Sebarang Maklumat Lanjut, anda boleh hubungi :
No Telefon : 019-2104163
email : [email protected]
Penafian
Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.