Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026 – Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakn seperti ditetapkan

Nama Majikan:Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak
Penempatan:Pelbagai Daerah di Sarawak
Kelayakan:Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Tetap/ Jawatan Berasaskan Caruman
Tarikh Tutup:30 November 2026 (Isnin)

Senarai Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026

Jawatan KosongKelayakan AkademikPenempatan
Jurutera Gred J9Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Kuching/ Sri Aman
Penolong Jurutera Gred JA5Sijil Kejuruteraan/ Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaKuching/ Sri Aman/ Kapit/ Miri/ Limbang

Baca Juga Jawatan Kosong lain : Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara 2026

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Manakala bagi calon Unifies Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak

Cara Mohon Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong JBALB Sarawak 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi JBALB di https://jbalb.sarawak.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Kami tidak menerima atau mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon untuk jawatan kosong yang kami iklankan. Semoga Pencari Kerja mendapat manfaat daripada iklan kami ini. Terima Kasih.

Leave a Comment