PELUANG KERJAYA SEBAGAI PEMBANTU GURU 2025- Lepasan SPM/ DIPLOMA/ DEGREE

Jawatan Kosong Pembantu Guru – Lepasan SPM/ Diploma/ Degree Layak Memohon.

Jawatan Pembantu guru ini adalah antara salah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan dalam mengurangkan beban kerja-kerja admin dikalangan para-para guru.

Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pembantu Guru di PPD pada tahun 2025.

POST TRENDING: SEMAK NAMA PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2 Tahun 2025 Secara Online Disini

Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Guru

Nama Majikan :Pejabat Pendidikan Daerah
Nama Jawatan :Personel MySTEP (Pembantu Guru)
Penempatan :Seluruh Negeri, Malaysia
Kelayakan :SETARAF SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan :Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan :Terbuka
Gaji :
Bermula RM1,700 – RM1,999 Sebulan Termasuk Caruman
Kelebihan/ Benefits:Cuti Rehat
Cuti Sakit (MC),
Caruman KWSP
Caruman Perkeso

Syarat Asas Kelayakan Pembantu Guru:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Fasih Bertutur dalam Bahasa Melayu dan berkebolehan asas berbahasa Inggeris
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu bekerja dalam keadaan mendesak
  • Mahir menggunakan Perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Google Sheet/ Docs dan Power Point dengan baik.

Diskripsi Tugas/ Job Description:

  • Membantu guru mengisi maklumat murid seperti memasukkan data murid ke dalam Sistem Kehadiran Murid, kehadiran Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan maklumat eluan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.
  • Menyelaras pemberian bantuan kepada murid
  • Memasukkan data laporan pemantauan kantin sekolah
  • Membuat persiapan sebelum ujian/peperiksaan berlangsung
  • Menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks
  • Membuat persediaan program/aktiviti di sekolah

Senarai Jawatan Kosong

Calon yang terpilih akan ditempatkan di tempat-tempat yang berikut mengikut lokasi permohonan yang dipilih oleh calon.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
& Selangor
PPD Keramat, Kuala Lumpur
PPD Daerah Sentul, Kuala Lumpur

PPD Daerah Petaling Utama, Selangor
PPD Daerah Klang, Selangor
PPD Daerah Hulu Langat, Selangor
PPD Daerah Hulu Selangor,Selangor
PPD Daerah Gombak, Selangor
MelakaPPD Daerah Melaka Tengah
PPD Daerah Alor Gajah
Pulau PinangPPD Daerah Barat Daya
KedahPPD Daerah Kulim
PPD Daerah Kuala Muda, Yan.
JohorPPD Daerah Kulai,
PPD Daerah Batu Pahat
PPD Daerah Pasir Gudang
KelantanPPD Daerah Tumpat
PPD Daerah Tanah Merah
PerakPPD Daerah Kinta Utara
PahangPPD Daerah Kuantan
SarawakPPD Daerah Sibu
PPD Daerah Kapit
SabahPPD Penampang
PPD Kota Kinabalu
PPD Daerah Lahad Datu
PPD Daerah Beluran
PPD Wilayah Persekutuan Labuan
PPD Daerah Keningau
PPD Daerah Ranau
PPD Daerah Tenom

Semak Status Permohonan

  • Permohonan hendaklah melalui laman web rasmi myfuturejobs https://myfuturejobs.gov.my/.

Cara Mohon

  • Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui Portal Rasmi myfuturejobs Myfuturejobs.gov.my atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 14 Hari/ 2 Minggu dari tarikh mohon hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Baca Juga : Senarai Biasiswa masih dibuka untuk permohonan bagi Lepasan SPM untuk sambung belajar

Tarikh Penting Permohonan Pembantu Guru 2025

Tarikh Permohonan dibuka : 28 April 2025
Tarikh Tutup : Terbuka sehingga diberitahu

Pemohon Lepasan SPM / Diploma/ Ijazah adalah digalakan untuk memohon disamping dapat menambah pengalaman bekerja sementara menunggu panggilan sambung belajar/ bekerja. Klik Link dibawah untuk memohon terus jawatan Kosong ini.

MOHON JAWATAN

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment