Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah pelbagai Negeri kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru Ganti 2025 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Ganti 2025
Maklumat Permohonan
Nama Jabatan: | Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Negeri yang dipohon) |
Penempatan: | Perlis,Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah |
Kelayakan: | Ijazah |
Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
Tarikh Tutup: | Terbuka |
Senarai Jawatan Ditawarkan
- Bahasa Inggeris – SK Taman Semarak, Nilai
- Guru Ganti Bahasa Inggeris – SK METHODIS(ACS), Seremban
- Guru Ganti Bahasa Melayu – SMK Bandar Baru Sendayan,Seremban
- Guru Ganti Pra Sekolah – SK Dato Klana Maamor, Seremban
- Guru Ganti Pendidikan Islam – SMK Intan Perdana, Port Dickson
- Guru Ganti – SK & SMK di Daerah Jerantut, Pahang
- Guru Ganti Matematik – SMK Abi, Kangar,Perlis
- Guru Ganti Pendidikan Islam – SMK Abi, Kangar, Perlis
- Guru Ganti Pendidikan Islam – SMK Undang, Rembau, Negeri Sembilan
- Guru Ganti Sains dan Reka Bentuk Teknologi – SBP Intergrasi Gopeng, Perak
- Guru Ganti – SK & SMK di Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang
- Guru Ganti – SK & SMK di Daerah Tambunan, Sabah
- Guru Ganti Bahasa Cina – SMK Padang Besar Utara, Perlis
- Guru Ganti Bahasa Melayu – SMK Syed Saffi, Perlis
Baca Juga:
- Renew Lesen & Roadtax di Aplikasi MyJPJ
- Personel MySTEP Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Bonus Penjawat Awam RM2000!
Tugas Guru Ganti 2025
- Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap;
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan;
- Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti guru yang lain;
- Menjalankan arahan ketua jabatan dari masa ke semasa.
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti 2025 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Kelayakan Guru Ganti 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Skop Kerja Guru Ganti 2025
Guru Ganti dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.
Kadar Upah
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,000 – RM2,499 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,700 – RM1,999 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Guru Ganti 2025
- Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2025 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.