BARANGAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA

Individu dewasa di Malaysia yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terbaru adalah direkodkan seramai 5.4 juta. Yang mana pengkreditan MyKasih adalah melalui kad pengenalan (MyKad) ketua isi rumah atau ahli isi rumah yang layak dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan senarai barangan MyKasih 2025 dan cara guna? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA 2025: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DAN JUMLAH BAYARAN RM 200/ RM 100
TARIKH PENGKREDITAN MYKASIH 2025
Pengkreditan MyKasih yang terbaru kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah pada tarikh seperti jadual berikut :
Penerima Sedia Ada | 01 April 2025 (Selasa) |
Penerima Baharu (Penerima STR) | 01 April 2025 (Selasa) |
JUMLAH MYKASIH 2025 DIKREDITKAN
Bantuan MyKasih yang terbaru dikreditkan pada 1 April 2025 adalah sebanyak jumlah berikut :
Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT MYKASIH |
Isi Rumah | RM200 |
Warga Emas (Bujang / Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM50 |
Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT MYKASIH |
Isi Rumah | RM100 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM50 |
Bujang | – |
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan mykasih 2025 (keperluan asas) yang boleh dibeli dengan duit bantuan mykasih yang telah dikreditkan dalam Mykad Penerima :
Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam (yang diluluskan oleh KKM).
Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
*NOTA : Pembelian dengan Bantuan MyKasih hendaklah tidak melebihi jumlah yang dikreditkan dalam MyKad penerima.
Baca Disini: Cara Guna Mykad untuk membeli barangan terpilih SARA
CARA GUNA / TEBUS BARANGAN MYKASIH 2025
Bagi penerima yang telah disahkan layak dan belum mengetahui cara guna pembelian barangan MyKasih 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas, ikuti panduan berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
V2 Siaran Media – SARA April 2025 250325