BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

Kad Pengenalan (IC) rakyat Malaysia adalah dicipta khas seperti kad pintar yang membolehkan rakyat menerima bantuan melalui kad IC dan boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKasih Dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA GUNA BANTUAN MYKASIH SARA DALAM IC BAGI PENGGUNA BARU 2025
TARIKH TERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Bagi yang berkelayakan akan menerima Bantuan MyKasih Dalam IC mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH PENYALURAN MYKASIH DALAM IC (PENERIMA SEDIA ADA) | TARIKH PENYALURAN MYKASIH DALAM IC (PENERIMA BAHARU) |
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | 01 April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
*Nota : Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
KADAR BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025
Bantuan MyKasih dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima berikut :
TARIKH PENYALURAN | Kadar Amaun MyKasih dalam IC (Penerima Sedia Ada) | Kadar Amaun MyKasih dalam IC (Penerima Baharu) |
Januari – Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Tiada Penyaluran |
April – Disember | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Bagi yang telah disahkan layak boleh menggunakan IC untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.
*Nota : Pembelian haruslah tidak melebihi Bantuan Dalam IC dan sekiranya melebihi kadar bantuan, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Status Bantuan MyKasih Dalam IC boleh disemak melalui dua (2) cara, iaitu :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; dan
- Melalui Aplikasi MyKasih.
Ikuti panduan semakan status MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.