SKAS 2025: SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK TAHUN 2025 TERKINI

SKAS 2025: SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK TAHUN 2025TERKINI!

Bantuan SKAS 2025 atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak bagi Tahun 2025 adalah merupakan bantuan yang akan diberikan untuk pembelian bahan makanan asas bagi membantu meringankan bebanan kewangan untuk kelangsungan hidup rakyat di Negeri Sarawak.

Bantuan ini akan diberi melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui Aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

BACA LAGI: BUDI MADANI 2025: BANTUAN SUBSIDI DIESEL RM200 KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon SKAS 2025 ini.

  1. Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  2. Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024

Penerima yang layak terbahagi kepada 3 kategori iaitu Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Isi Rumaha) Kahwin
b) Ibu atau Bapa
Tunggal/Balu/Janda/Duda yang
mempunyai tanggungan (anak/ibu
bapa)
c) Pendapatan kasar bulanan RM5,000
dan ke bawah
d) Tiada had umur
Bujanga) Bujang; atau
b) Ibu atau Bapa
Tunggal/Balu/Janda/Duda yang
tiada tanggungan
c) Pendapatan kasar bulanan RM2,500
dan ke bawah
d) Bujang berumur antara 21-59 tahun;
atau Bujang Orang Kurang Upaya
(OKU) berumur 19 tahun dan ke
atas
e) Bukan pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) / Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
sepenuh masa.
Warga Emasa) Bujang
b) Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/
Janda/ Duda yang tiada anak
c) Pendapatan kasar bulanan RM5,000
ke bawah
d) Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH BANTUAN SKAS 2025

Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan sepanjang tahun 2025 kepada lebih 850,000 rakyat yang menetap di Sarawak serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima antara RM250 sehingga RM800 setahun (mengikut kelayakan setiap penerima).

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Isi RumahRM800.00
Warga EmasRM400.00
BujangRM250.00

Cara Mohon Bantuan SKAS 2025

Anda tidak perlu buat permohonan untuk mendapatkan bantuan SKAS. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 yang memenuhi syarat penerima bantuan SKAS akan disenarai sebagai penerima bantuan SKAS secara automatik. Bagaimanapun, penerima bantuan SKAS perlu mengikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan bantuan SKAS:

  1. Pasangkan aplikasi mudah alih ‘S PAY GLOBAL’ dan memastikan akaun tersebut adalah aktif.
  2. Semak status penerima bantuan SKAS secara atas talian.
  3. Kemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL sekiranya nama disahkan sebagai penerima bantuan SKAS.
  4. Membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL

Selepas anda siapkan langkah 1-4, duit dijangka akan dimasukkan ke akaun S PAY GLOBAL pada suku pertama tahun 2025.

KAEDAH RAYUAN SKAS 2025

Sekiranya nama anda tidak terdapat dalam senarai penerima bantuan SKAS 2025 ini, anak Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan penerima bantuan SKAS boleh membuat permohonan RAYUAN  mulai 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 melalui portal rasami SKAS Sarawak disini : https://sarawak.gov.my

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA

  1. Layari laman web rasmi : https://sarawak.gov.my
  2. Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah)
  3. Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  6. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke customerservice@spayglobal.my.

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Taliankhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to 555999@sarawak.gov.my.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sarawak.gov.my/web/home/p_service_catalogue/757

Leave a Comment