Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong FAMA 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong FAMA 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan |
| Penempatan: | Seluruh Malaysia |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap |
| Tarikh Tutup: | 07 Julai 2026 (Selasa) |
Senarai Kekosongan Jawatan
| Senarai Jawatan Kosong | Kelayakan Akademik |
| Pegawai Undang-Undang Gred L9 | Ijazah |
| Juruaudit Gred W9 | Ijazah |
| Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E5 | STPM/ Diploma |
| Penolong Jurutera Gred JA5 | Sijil/ Diploma |
| Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 | SPM |
| Pembantu Akauntan Gred W1 | SPM/ SKM |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Operator Kilang PROTON 2026 dibuka
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong FAMA 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong FAMA 2026
- Permohonan Jawatan Kosong FAMA 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi FAMA di https://www.fama.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pelantikan Tetap, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian:
Puan Nurul Afizza : 03-60332020 VoIP. : 0476
Encik Ahmad Syahiran : 03-60332020 VoIP. : 0098
Puan Siti Syazwani : 03-60332020 VoIP. : 0540
Puan Wan Nurul Emyrra : 03-60332020 VoIP. : 0557
Atau emailkan ke [email protected] beserta Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Kami tidak meminta atau menerima sebarang maklumat peribadi pemohon kerana kami tidak menguruskan urusan pengambilan pekerja. kami hanya mengiklankan kekosongan jawatan sahaja. Terima Kasih.
