Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2026 – Tenaga Nasional Berhad

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Penempatan:Seluruh Negeri
Kelayakan:Diploma/ SPM/ SVM/ SKM Tahap 3
Taraf Jawatan:Tetap/ Kontrak
Tarikh Tutup:12 Oktober 2026 (Selasa)

Senarai Jawatan Kosong

JawatanKelayakan Akademik
Juruteknik Tingkatan Biasa TNB
– Juruteknik T/Biasa (Geospatial)
– Juruteknik T/Biasa (Wayleave Services)
– Juruteknik T/Biasa (Enforcement)
– Juruteknik T/Biasa (Electrical)
Diploma (Geomatic/ Land Survey/ Arkitek/ Elektrik) / SPM/ SVM/ SKM Tahap 3

Jawatan Kosong Popular Terkini : Jawatan Kosong Kilang Plexus Penang 2026

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2026

  • Semua permohonan Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2026 hendaklah dibuat secara online di website rasmi TNB di https://jobs.tnb.com.my/ atau anda boleh Klik di Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Sebarang permohonan secara manual adalah tidak diterima.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment