BUDI MADANI 2025: PROGRAM BANTUAN SUBSIDI DIESEL KEPADA YANG LAYAK

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi diesel disasarkan kepada golongan yang layak. Melalui Belanjawan 2024 yang telah diumumkan, pihak kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi diesel bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi diesel hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 – STATUS LAYAK ATAU TIDAK LAYAK BANTUAN RM 200, RM 100, RM 50.
untuk maklumat lanjut, boleh teruskan dengan pembacaan dibawah.
KATEGORI PENERIMA SUBSIDI
Penerima Subsidi Budi Madani ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu;
- BUDI MySubsidi Diesel (Pengangkutan Darat)
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.
- BUDI Agri-Komoditi (Petani dan Pekebun Kecil)
- Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
- BUDI Individu (Individu)
- Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
CARA SEMAK BANTUAN SUBSIDI DIESEL (PENGANGKUTAN DARAT)
Pemohon perlu membuat semakan kelayakan kenderaan sebelum membuatpendaftaran baharu akaun sistem MySubsidi Diesel.
Fungsi semakan kenderaan adalah untuk membolehkan pengguna membuat semakan kenderaan yang layak mendapat subsidi diesel. Sekiranya kenderaan pengguna layak menerima subsidi, hasil carian akan memaparkan kenderaan layak.
Ikuti Langkah yang disediakan di Bawah.
- Layari Laman Web Rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/Default.aspx
- Klik tab [Semak Kenderaan] di laman utama portal MySubsidi Diesel.
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin didaftarkan dan klik butang [Cari].
- Paparan keputusan carian adalah [Layak] atau [Tidak Layak]. Sekiranya Tidak Layak dipaparkan, anda boleh membuat Rayuan. Klik Pada butang [Rayuan] untuk membuat rayuan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon subsidi diesel ini.
- Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
- Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
- ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
- Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
- Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN
- Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
- Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web : mysubsidi.kpdn.gov.my
JENIS KENDERAAN PENGANGKUTAN DARAT YANG LAYAK MENDAPAT SUBSIDI DIESEL

CARA DAFTAR AKAUN DI MYSUBSIDI DIESEL
Pemohon boleh membuat pendaftaran baharu sekiranya belum mempunyai akaun
di dalam sistem MySubsidi Diesel.
a) Pendaftaran Pemilikan Tunggal | – Klik butang Pemilikan Tunggal untuk mendaftar sekiranya kenderaan di bawah pemilikan individu – Isi Maklumat Pemohon dan klik butang Hantar untuk mendaftar sebagai Individu. |
b) Pendaftaran Syarikat | – Klik butang Syarikat untuk mendaftar sebagai Syarikat – Isi maklumat wakil syarikat dan klik butang Hantar untuk pendaftaran sebagai Syarikat. |
NOTA:
- Bagi pemohon syarikat, mohon semak dan pastikan no SSM pada geran kenderaan layak yang ingin didaftarkan adalah SEPADAN dengan no SSM yang tertera dalam sijil SSM syarikat (no SSM dalam geran kenderaan mestilah mengikut no SSM di sijil SSM)
- Bagi pemohon syarikat PLT/LLP, mohon semak dan pastikan no SSM pada geran kenderaan adalah SEPADAN dengan no SSM yang tertera dalam sijil SSM
- Bagi pemohon daripada NGO atau PBT, mohon semak dan pastikan no agensi yang didaftarkan pada geran kenderaan adalah SEPADAN dengan no Registration of Society (ROS).
- Bagi pemohon syarikat SDN BHD dan syarikat PLT/LLP, masukkan no SSM yang ada dalam sijil SSM dalam ruangan No. Pendaftaran Syarikat
- Syarikat PLT/LLP adalah disarankan untuk mendaftar menggunakan no SSM 12-digit
- Bagi pemohon NGO/PBT, masukkan no ROS dalam ruangan No. PBT
CARA LOGIN MYSUBSIDI DIESEL
Pemohon boleh login mengikut Langkah dibawah
- Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Syarikat (SSM/PBT)
- Masukkan Kata laluan yang telah didaftarkan
- Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi pemohon yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Mysubsidi Diesel ini, boleh la hubungi talian yang tertera di Bawah
No Telefon : 03-8-84 4566
Emel: mysubsididiesel@kpdn.gov.my
NO | SYARIKAT MINYAK | NO TELEFON |
1. | PETRONAS | 1-300-88-8282 |
2. | SHELL | 1-300-22-8181 |
3. | PETRON | 1-800-88-8298 |
4. | CALTEX | 1-800-88-3168 |
5. | BHP | 03-77199499 |
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://mysubsidi.kpdn.gov.my/pdf/Manual%20Pengguna%20(Orang%20Awam)%20V5.pdf