Status STR FASA 1 2025 : Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah, Tahun 2025

STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS STR FASA 1, LAYAK ATAU TIDAK.

Direkodkan dalam sejarah kerajaan Malaysia, kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 adalah tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion daripada tahun-tahun sebelum ini yang hanya di bawah RM10 billion sahaja.

Seiring dengan peningkatan kadar peruntukan, jumlah yang akan dibayar kepada 9 juta rakyat Malaysia juga bakal bertambah, contohnya kategori bujang akan menerima sebanyak RM600 berbanding sebelum ini hanya menerima RM350 sahaja.

Bagaimanakah status fasa 1 STR 2025 anda? Ikuti panduan lengkap dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LOGIN SARA : Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan MYKAD

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2025

Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR fasa 1 2025 :

Kategori PenerimaJumlah Bayaran akan Diterima Tahun 2025Jumllah Bayaran STR Fasa 1 2025
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Tiada anak : RM250
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM150
Bujang/Balu/Duda/JandaRM600RM150
*Bagaimanapun, jumlah di atas hanyalah anggaran sahaja dan pihak kami akan kemaskini kembali sebaik sahaja jumlah bayaran fasa pertama (1) diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2025

Pihak Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) bagi tahun 2025. Namun, pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh bayaran fasa pertama (1) sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan dalam masa terdekat.

Kaedah Bayaran STR Fasa 1 2025

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1), iaitu :

Penerima yang ada akaun Bank :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.

Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :

  • Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
    Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Semakan Status STR Fasa 1 2025

Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) seperti berikut :

layari laman Portal Rasmi STR LHDNM Disini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
1. Sila layari pautan portal rasmi STR LHNDNM di atas.
2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk makluman terkini.
3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.


Leave a Comment