SOAL JAWAB STR 2025: Beberapa hari yang lepas, Pengkreditan wang bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 1 2025 telah bermula iaitu pada 22 Januari 2025 (RABU) dan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Namun, segelintir pemohon Sumbangan Tunai Rahmah mendapat Status Tidak Lulus STR 2025. Bagi mereka yang mendapat Status Tidak Lulus STR, beberapa SOAL JAWAB STR 2025 ini mungkin memberi anda beberapa perkara yang menyebabkan permohonan anda tidak diluluskan pada kali ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Status Tidak Lulus STR 2025?
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR 2025 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Baca Juga :
- Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2024
- Lesen Memandu Percuma 2024 (MyLesen)
- Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP 2025)
Tarikh Permohonan Semakan Semula (Tidak Lulus STR 2025)
Walaubagaimanapun, anda masih boleh membuat pemohonan untuk melakukan semakan semula/ rayuan kepada pihak STR. Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 16 Februari 2025.
Jika status anda LULUS tetapi bayaran yang anda dapat adalah kurang/ tidak mengikut jadual pembayaran, anda boleh buat rayuan pada tarikh yang sama.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Cara Permohonan Rayuan STR 2025
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2025; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR 2025 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Kaedah Permohonan Rayuan STR 2025
- Secara Dalam Talian.
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Baca Juga :
- Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2024
- Lesen Memandu Percuma 2024 (MyLesen)
- Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP 2025)
Cara Membuat Permohonan Rayuan STR 2025
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan.
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my
SOAL JAWAB STR 2025: YANG PERLU ANDA TAHU
Berikut merupakan beberapa soal jawab dalam STR yang mungkin berkaitan dengan anda yang menyebabkan anda tidak lulus STR kali ini,
Berikut dikongsikan antara soal jawab STR 2025 :











SUMBER: SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Semakan Status Rayuan STR 2025
- Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
- Klik Semak
- Pastikan kata kunci keselamatan betul
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR Fasa 1 RM500 2025
- Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
- Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf