Berita gembira bagi penerima STR, Skim Perubatan MADANI kini telah dilanjutkan bagi tahun 2024. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan perubatan PERCUMA di Senarai Klinik yang terlibat Skim Perubatan MADANI 2024.
Skim Perubatan MADANI telah merekodkan pencapaian yang membanggakan sejak diperkenalkan pada tahu 2022. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan telah direkodkan di klinik swasta yang berdaftar. Sebanyak 785,623 pesakit telah menerima rawatan melalui 2,506 klinik swasta yang terlibat dalam Skim Perubatan MADANI 2024 ini.
Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi rawatan ini mencapai RM62.5 juta, menunjukkan kesan positif dan keberkesanan skim tersebut dalam menyediakan rawatan percuma bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan ringan. Komitmen Kerajaan terhadap program ini juga dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024, yang bertujuan untuk meneruskan dan meningkatkan keberlanjutan skim pada tahun-tahun seterusnya.
Pengenalan Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif bantuan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan bagi rawatan sakit-sakit ringan.
Skim Perubatan MADANI ini memberi peluang kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerima rawatan di fasiliti kesihatan swasta secara percuma dan skim rawatan percuma madani ini masih diteruskan pada tahun 2024.
Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Skim Perubatan MADANI 2024 memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Sakit-sakit Ringan.
Kelayakan Skim Perubatan MADANI 2024
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2024:
- Rawatan pesakit luar kes-kes sakit ringan merangkumi
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah
- Imunisasi Rutin.
- Saringan Kesihatan.
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin.
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin.
- Perancangan Keluarga Rutin.
- Perkhidmatan Rehabilitasi.
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor.
- Permintaan Suplemen.
Semakan Kelayakan Skim Perubatan MADANI 2024
Anda boleh membuat semakan kelayakan Skim Perubatan MADANI 2024 melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.
Senarai Klinik Skim Perubatan MADANI 2024
Senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini kini telah diperluaskan di seluruh Malaysia.
Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
- Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
- Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
- Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung
Kategori | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (Tanpa Pasangan) – 60 Tahun ke atas | RM125 |
Bujang – 21 – 59 Tahun – 19 – 59 Tahun (Bujang Berstatus OKU) | RM75 |
Cara Dapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2024
- Semak Kelayakan
- Semak kelayakan anda di laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ atau aplikasi MySejahtera.
- Hadir Ke Klinik
- Hadir ke mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad/dokumen pengenalan.
- Senarai Klinik Skim Perubatan MADANI boleh didapati di https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
- Terima Rawatan
- Jika anda layak, anda boleh dapatkan rawatan sakit-sakit ringan secara PERCUMA.
- Baki Manfaat
- Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan.
Nota: Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Cara Semak Baki Skim Perubatan Madani 2024
Baki Skim Perubatan Madani boleh disemak melalui beberapa cara berikut :
- Melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
- Secara online melalui aplikasi telefon pintar Skim Perubatan Madani.
- SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
- Hubungi talian +603-8687 2525 untuk semakan baki manfaat skim perubatan madani.
Muat turun aplikasi Skim Perubatan Madani di Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.protecthealth.spmadani&hl=ms
Muat turun aplikasi Skim Perubatan Madani di Apple Store: https://apps.apple.com/no/app/skimperubatanmadani/id6469766597
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di bawah
Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Skim Perubatan MADANI?
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).
Apakah objektif Skim Perubatan MADANI 2024?
Objektif Skim Perubatan MADANI adalah:
- Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada Rawatan Sakit-sakit Ringan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.
- Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Rawatan Sakit-sakit Ringan, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP)
Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI?
Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Sakit-sakit Ringan secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Siapakah yang layak menerima Skim Perubatan MADANI 2024?
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak perlu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.
Apakah cara untuk menyemak kelayakan Skim Perubatan MADANI?
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Skim Perubatan MADANI : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani, melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi Skim Perubatan MADANI. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semak kelayakan di Klinik.
Dimanakah lokasi Klinik Skim Perubatan MADANI 2024?
Skim Perubatan MADANI telah diperluaskan ke SELURUH NEGARA dan ianya boleh diakses di klinik yang berdaftar di bawah skim ini. Carian klinik swasta boleh didapati di pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics.
Adakah penerima Skim Perubatan MADANI akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?
Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: spm@protecthealth.com.my atau menghubungi +603-8687 2525.
Mengapa Skim Perubatan MADANI hanya layak untuk Kumpulan B40?
Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat Rawatan Sakit-sakit Ringan, Skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.
Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?
- Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
- Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
- Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.
Apakah senarai rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI?
Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini:
- Imunisasi/Vaksin Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
- Perancangan Keluarga
- Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
- Permintaan Suplementasi
Apakah senarai simptom yang boleh dirawat dibawah pakej Skim Perubatan MADANI?
Skim ini merangkumi Rawatan Sakit-sakit Ringan seperti:
- Demam dan Selsema
- Cirit-birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Adakah pakej rawatan Skim Perubatan MADANI juga melibatkan prosedur perubatan, ujian dan ubat-ubatan?
Ya, pakej rawatan Skim Perubatan MADANI termasuk konsultasi dan sebilangan ubat-ubatan, prosedur rawatan, dan ujian yang boleh diberikan di klinik swasta. Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
- Jumlah had konsultasi dan ubat-ubatan – RM70; atau Had konsultasi – RM35
- Had ujian – RM50
- Had prosedur rawatan – RM50
Ini bermakna jumlah had maksimum setiap lawatan yang dibayar oleh Kerajaan adalah sehingga RM170.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat lawatan yang ditetapkan?
Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.
Adakah penerima Skim Perubatan MADANI boleh mendapatkan rawatan di mana-mana Klinik Perubatan Swasta?
Penerima boleh menerima rawatan Skim Perubatan MADANI di mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini (Semak senarai klinik: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics).
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.