Tarikh Rasmi Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari 2025.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025) akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta. KPM telah mengumumkan jangkaan Tarikh BAP 2025 akan bermula pada 13 JANUARI 2025 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Manakala Tarikh agihan BAP 2025 bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 FEBRUARI 2025. Tarikh Agihan BAP 2025 kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 JULAI 2025.
Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025) dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan Tahun 2025/2026.

Pengenalan BAP
BAP merupakan bantuan tunai secara “one off” yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.
Dalam Bajet 2024 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Jumlah BAP 2025
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (One-Off).

Syarat Kelayakan BAP
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026
- Murid bersekolah di
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Murid Tingkatan 6 bermula sesi pembelajaran 2025/2026.
Baca Juga :
- Jawatan Kosong MYSTEP Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2025
- Cara Guna Bantuan MyKasih RM100/RM50 sebulan
Cara Pembayaran BAP 2025
Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
- Tunai
- Disalurkan terus ke akaun bank murid/ Ibu Bapa
Tarikh BAP 2025 Dikreditkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.
Menurutnya, manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Tarikh BAP 2025 ( Bantuan Awal Persekolahan) , anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Portal Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
Facebook KPM : https://www.facebook.com/KemPendidikan
Instagram KPM : https://www.instagram.com/kempendidikan
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.