Permohonan Rayuan STR 2025 : Tidak Lulus STR & Kod Alasan Sebab Tidak Lulus

Terdahulu, Pembayaran STR Fasa 1 2025 telah bermula 22 Januari 2025 (RABU) dan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Namun, segelintir pemohon Sumbangan Tunai Rahmah mendapat Status Tidak Lulus STR 2025. Bagi mereka yang mendapat Status Tidak Lulus STR, Permohonan Rayuan STR 2025 kini dibuka bagi tujuan pengemaskinian dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan STR 2025.

Apakah yang dimaksudkan dengan Status Tidak Lulus STR 2025?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR 2025 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Tarikh Permohonan Semakan Semula (Tidak Lulus STR 2025)

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 16 Februari 2025 (tertakluk kepada
pindaan dari semasa ke semasa).

Jika status anda LULUS tetapi bayaran yang anda dapat adalah kurang/ tidak mengikut jadual pembayaran, anda boleh buat rayuan pada tarikh yang sama.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Sumber : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf

Cara Permohonan Rayuan STR 2025

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2025; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2025 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2025

  1. Secara Dalam Talian.
  2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Baca Juga :

Cara Membuat Permohonan Rayuan STR 2025

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan.

Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my

Alasan Tidak Lulus STR 2025

Pemohon yang tidak lulus STR akan menerima status “Tidak Lulus” beserta kod alasan.

Berikut dikongsikan Kod dan Alasan Tidak Lulus STR 2025 :


sumber : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf

Dokumen Sokongan Rayuan STR

Pemohon STR perlu mengemukakan dokumen sokongan bergantung kepada kod alasan tidak lulus STR 2025.

Contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti :

  • MyKad pemohon atau pasangan
  • Mykad atau MyKid anak
  • Sijil kelahiran anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)
  • Dokumen pengenalan pasangan
  • Lain-lain dokumen mengikut alasan tidak lulus pemohon

Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2025

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

  1. Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
  2. Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM100 – RM300
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  4. Bujang : RM150

Baca Juga :

Semakan Status Rayuan STR 2025

  1. Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
  3. Klik Semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR Fasa 1 RM500 2025

  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PERMOHONAN%20STR%202025.pdf

Leave a Comment