Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong PDRM 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong PDRM 2026
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong PDRM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
| Penempatan: | Rujuk jadual dibawah |
| Kelayakan: | Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak/ Tetap |
| Tarikh Tutup: | – |
Senarai Jawatan Kosong PDRM 2026
| Senarai Kekosongan | Kelayakan Akademik Untuk memohon | Penempatan |
| (MySTEP) | Ijazah | PDRM PULAPOL AIR HITAM Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM PULAPOL Segamat/ Batu Anam/ Johor |
| (MySTEP) | Ijazah | PDRM KONTINJEN Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu |
| (MySTEP) | Ijazah | PDRM Polis Marin Kuantan, Pahang |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM Kontinjen Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu |
| (MySTEP) | Ijazah | PULAPOL PDRM Batu Anam, Johor |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM PULAPOL Rawang Selangor |
| (MySTEP) | Ijazah | PULAPOL Bukit Sentosa Rawang, Selangor |
| (MySTEP) | Ijazah | Pulapol Bukit Aman Bukit Aman, Kuala Lumpur |
| (MySTEP) | Diploma | Pulapol Langkawi Langkawi Kedah |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM Kontinjen Bukit Aman Bukit Aman, Kuala Lumpur |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM Komando 69 Perak Ulu Kinta, Perak |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM Pulapol Air Hitam Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan |
| (MySTEP) | Ijazah | PDRM Maktab Polis KKB Kuala Kubu Bharu, Selangor |
| (MySTEP) | Diploma | PDRM Polis Marin Johor Kejuruteraan Johor Bharu, Johor |
| (MySTEP) | Ijazah | PDRM Pulapol Langkawi Langkawi, Kedah |
Baca Juga Jawatan Kosong Trending: Jawatan Kosong Kilang Lam RESEARCH Batu Kawan & Kulim Dibuka
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong PDRM 2026 yang hendak dipohon.
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Diskripsi Tugas MySTEP Polis PDRM
- Mengisi keperluan jawatan yang masih kosong di lokasi yang ditetapkan (keutamaan kepada fresh graduate yang mempunyai pemahaman tentang “bill of quantities” (bq)).
- Mempunyai pendidikan dalam diploma kejuruteraan (awam / mekanikal / elektrikal /qs / teknologi bangunan) sahaja.
- Membantu unit pengurusan fasiliti / bahagian pembangunan dalam menyediakan skop kerja penyelenggaraan bangunan, semakan aduan kerosakan, pemantauan kerja pembaikan dan penyelenggaraan di premis pdrm yang berkaitan.
- Menyediakan plan susun atur dan lukisan reka bentuk dalaman dengan mengunakan perisian komputer.
- Membuat lawatan tapak, mengkaji kerosakan serta membuat perbincangan dengan pegawai pengurusan fasiliti berkaitan tindakan susulan yang perlu diambil.
- Membantu menyediakan proses sebutharga kerja-kerja pembaikan / penyelenggaraan supaya ianya dapat dilaksanakan sepertimana dirancang dan mengikut tatacara kewangan yang betul.
- Membantu menyemak dan menyediakan dokumen kerja dan kontrak sepertimana yang diarahkan oleh pegawai termasuk semakan dokumen dan memasukkan data berkenaan aset tak alih.
- Menghadiri mesyuarat berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan yang berkaitan bersama pegawai.
- Menerima dan melaksanakan arahan semasa daripada pegawai atasan pdrm.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti jabatan.
Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM 2026
- Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
