Jawatan Kosong UPSI 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini membuka peluang kerjaya yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong UPSI 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong UPSI 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Penempatan:Tanjong Malim, Perak
Kelayakan:SPM/ Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:Rujuk Jadual dibawah

Senarai Jawatan Kosong UPSI 2026

Senarai Jawatan KosongKelayakan AkademikTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan mengikut bidang04 November 2026
Pembantu Pengurusan Murid Gred 19SPM5 November 2026
Pembantu Belia & Sukan Gred S1SPM/ SVM/ SKM 05 November 2026

Mohon Juga : Jawatan Kosong Lembaga Pengurusan Air Perak 2026

Syarat Lantikan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong UPSI 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong UPSI 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong UPSI 2026 diatas hendaklah melalui laman web rasmi UPSI yang boleh didapati di https://www.upsi.edu.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
  • Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.
  • Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  • Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan dalam talian. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  • Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  • Selain daripada memenuhi syarat seperti mana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
    • 5.1 bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
    • 5.2 telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
  • Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
  • Pemohon diminta mengisi maklumat alamat e-mel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan e-mel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara e-mel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses e-melnya.
  • Pemohon tidak boleh di kalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  • Hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL sahaja akan dipilih dalam penyaringan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Jawatan Kosong UPSI 2026, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

No Tel: 05 – 450 6034 / 6338 / 6399 / 6328

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Kami tidak menerima atau mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon untuk jawatan kosong yang kami iklankan. Semoga Pencari Kerja mendapat manfaat daripada iklan kami ini. Terima Kasih.

Leave a Comment