Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru Ganti PPD Kulim yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Ganti PPD Kulim, Kedah.
Maklumat Permohonan
Nama Jabatan: | Pejabat Pendidikan Daerah Kulim, Bandar Baharu |
Penempatan: | Kedah |
Kelayakan: | Diploma |
Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
Tarikh Tutup: | Terbuka |
Senarai Jawatan Ditawarkan
- Personal MyStep Guru Ganti
- Bidang pengkhususan TVET
- Asas Sains Komputer
- Rekabentuk dan Teknologi
- Lukisan Kejuruteraan
- Mata Pelajaran Vokasional
- Bidang pengkhususan BAHASA
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Bidang pengkhususan SAINS & METEMATIK
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Sains
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Bidang pengkhususan SAINS & METEMATIK
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Sains
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Bidang pengkhususan TVET
Baca Juga:
- Renew Lesen & Roadtax di Aplikasi MyJPJ
- Personel MySTEP Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Bonus Penjawat Awam RM2000!
Tugas Guru Ganti PPD Kulim
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti Guru Tetap.
- Menjalankan Tugas-Tugas guru yang digantikan.
- Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum.
- Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti PPD Kulim yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Skop Kerja Guru Ganti PPD Kulim
Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.
Kadar Upah
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,000 – RM2,499 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,500 – RM1,999 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Guru Ganti PPD Kulim
- Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2025 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan Guru Ganti PPD Kulim yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Mohon Jawatan Guru Ganti PPD Kulim
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.