Cara Guna Bantuan MyKasih 2025 Bagi Pengguna Baru.
Pengenalan MyKASIH
MyKasih 2025 merupakan salah satu program bantuan kewangan yang diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas. Dalam artikel dibawah akan menjelaskan cara guna Bantuan MyKasih 2025 dan panduan lengkap cara guna Bantuan Mykasih, jenis barang yang dibenarkan dan cara pembayaran.
Jadual Tarikh Pembayaran MyKASIH 2025
Kerajaan telah menetapkan bahawa bayaran akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan kategori penerima. Berikut adalah jadual untuk tarikh bayaran MyKasih 2025 mengikut kategori penerima :
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan | Tempoh Bayaran | Tarikh Bayaran |
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih) | RM100 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Bujang (eKasih) | RM50 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Penerima STR (Bukan eKasih) | RM100 Sebulan (Isi Rumah & Warga Emas) RM50 (Bujang) | 09 Bulan | Bulan April 20c25 |
Cara Semak Bantuan MyKASIH 2025
Anda boleh menyemak sama ada anda layak menerima bantuan melalui :
- Layari laman web Rasmi Mykasih : https://mykasih.com.my/
- Klik pada bahagian “Semakan Kelayakan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Status kelayakan dan kategori penerimaan akan dipaparkan.
Sila Hubungi Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- Jika nama anda tersenarai dalam eKasih, tetapi status kelayakan MyKasih tidak dipaparkan, atau;
- Pergi ke Pejabat Daerah berhampiran untuk pengesahan atau;
- Hubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk bantuan lanjut.
Baca juga : Semak Status Terkini Bantuan Mykasih 2025
Cara Guna Bantuan MyKASIH 2025
Berikut panduan lengkap cara guna Bantuan MyKASIH 2025
- MEMBELI BARANG KEPERLUAN
- Pergi ke kedai yang berdaftar dengan Mykasih. Semak Kedai Berdaftar di pautan ini : Senarai Kedai
- Pilih barangan keperluan asas yang diluluskan oleh program.
- Contoh barangan :
- Makanan asas : beras, minyak masak, tepung, telur, mi segera, makanan dalam tin.
- Minuman : susu tepung, kopi, teh.
- Keperluan lain : sabun, ubat-ubatan, barang kebersihan.
- Di kaunter pembayaran : Serahkan MyKad anda kepada juruwang.
- Masukkan nombor PIN 6 digit (jika diminta) untuk mengesahkan pembelian.
- Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada baki bantuan dalam akaun MyKasih anda.
- BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN
- Rokok, minuman keras, atau barangan mewah tidak boleh dibeli menggunakan bantuan ini.
- NOMBOR PIN MyKASIH
- Penetapan PIN : Anda akan diminta menetapkan PIN 6 digit semasa pendaftaran.
- PIN ini digunakan setiap kali anda membuat pembelian.
- Lupa PIN : Hubungi talian bantuan MyKasih untuk menetapkan semula PIN anda.
- MENYEMAK STATUS BAKI DAN BANTUAN
- Untuk menyemak status baki terkini boleh melalui dua cara iaitu;
- Melalui laman web rasmi MyKasih.
- Masukkan nombor MyKad anda untuk menyemak status dan baki terkini.
- Semakan Melalui Resit :
- Baki bantuan biasanya dicetak di resit setiap kali anda membuat pembelian menggunakan akaun MyKasih.
- Melalui laman web rasmi MyKasih.
- Untuk menyemak status baki terkini boleh melalui dua cara iaitu;
- LOKASI PEMBELIAN
- Anda boleh menggunakan bantuan ini di kedai atau pasar raya terpilih, seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- Lotus’s (Tesco)
- 99 Speedmart
- Pastikan kedai pilihan anda adalah rakan kerjasama MyKasih.
- Anda boleh menggunakan bantuan ini di kedai atau pasar raya terpilih, seperti:
Tempoh Penggunaan Bantuan
Bantuan dikreditkan secara bulanan atau berkala, bergantung kepada kategori penerima. Pastikan anda menggunakan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan baki tidak digunakan terbatal. pastikan juga cara guna Bantuan Mykasih ini dengan betul supaya anda dapat menggunakannya lagi pada bulan hadapan.
Trending : Semak Tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025
TIPS PENTING
- Simpan resit pembelian untuk rujukan.
- Pastikan Mykad anda tidak rosak.
- Gunakan bantuan hanya untuk membeli barangan keperluan asas.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan MyKasih melalui :
Talian : (603)7720 1800
Emel : info@mykasih.com
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.