Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Yayasan Selangor kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Yayasan Selangor |
| Penempatan: | Selangor |
| Kelayakan: | Rujuk dibawah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 30 September 2026 (Rabu) |
Senarai Kekosongan Jawatan
| Jawatan | Kelayakan Akademik |
| Wardan Asrama (Penyelia) | – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/atau STPM/Diploma dan/atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – Keutamaan diberikan kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau badan beruniform lain. – Sihat tubuh badan dan mampu bekerja mengikut syif serta di luar waktu pejabat. – Mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik. |
| Eksekutif Kanan Legal | – Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau MQA. – Calon hendaklah memiliki Sijil Amalan Guaman yang sah. – Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan korporat. – Mempunyai kemahiran penyelidikan undang-undang, penyediaan kontrak dan tadbir urus korporat. – Kemahiran komunikasi serta penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik. |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Boston Scientific Ambilan September 2026 dibuka
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026
- Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Selangor 2026 diatas hendaklah melalui borang permohonan yang boleh didapati di Laman Rasmi Yayasan Selangor di https://yayasanselangor.org.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara borang permohonan sahaja.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian
Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan. - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
NO. 18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan)
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
